Faisal Tehrani adalah seorang sasterawan yang cukup berbakat dalam dunia seni bahasa Melayu. Namanya, Mohd. Faizal bin Musa. Beliau pernah dianugerahi Anugerah Seni Negara 2006 kerana jasa dan sumbangannya dalam perkembangan dunia sastera dan seni semasa. Namun, di sebalik karya-karya yang dihasilkan oleh beliau, terselit propaganda yang sedikit tersembunyi bagi masyarakat awam Islam iaitu dakyah Syi'ah Imamiyyah Itsna ‘Asyariyyah!
b
Berkenaan akidah Syi'ah Dr. Faisal Tehrani ini, sudah ramai tokoh agama yang memperkatakannya. Setelah kami, Ibnu Anas al-Kutawi meninjau karya-karya yang dihasilkan oleh beliau dalam bentuk cerpen dan sajak yang disiarkan dalam majalah dan antologi sajak beliau, kami mendapati dakyah Syi'ah yang ingin disebarkan oleh beliau tampak agak jelas sehingga tidak mungkin sama sekali kita akan beranggapan karya-karya tersebut dihasilkan oleh seorang Sunni.
Dalam tangan kami terdapat sebuah kumpulan sajak-sajak Dr. Faisal bertajuk ‘Ingin Jadi Nasrallah’, terbitan Al-Amen Serve Holdings, Kuala Lumpur, cetakan tahun 2010. Dalam sajak ‘Ingin Jadi Nasrallah’ yang terkandung dalam antologi tersebut, terdapat unsur-unsur Syi'ah yang teramat terang tanpa boleh dinafikan lagi.
Pertama, tajuk ‘Ingin Jadi Nasrallah’ bermaksud bahawa Faisal Tehrani berkeinginan untuk menjadi seperti Hassan Nashrullah, pemimpin Hizbullah, gerakan Syi'ah di Lubnan selain menyimpan perasaan kagum kepadanya. Mustahil seorang Sunni akan mengagumi seorang Syi'ah yang menyeleweng dari akidah Islam yang suci murni, bagaimana pula ia boleh bercita-cita menjadi sepertinya?
Kedua, dalam sajak tersebut, beliau menekankan sekali lagi kekagumannya kepada Hassan Nasrullah dan gerakan pimpinannya, Hizbullah dengan kata-katanya:
Jadi, puisi aku ini akan bercerita tentang juang,
Apa rahsiamu Nasrallah?
Apa yang kaupupuk
Pada tentera Hezbullah?
Faisal Tehrani juga seolah-olah menyamakan akidah Syi'ah dengan akidah Ahli Sunnah setelah beliau cuba memahamkan pembaca bahawa beliau masih atau tetap berakidah Ahli Sunnah dengan berkata:
Tauhidmu sekamus dengan tauhidku
Selawatmu tak juga asing dari selawatku.
b
Pada baris ketiga, unsur-unsur Syiah diselitkan sekali lagi; malah dalam dengan lebih berani. Katanya:
Sungguh darah al-Hussein
Mengalir merah
Setiap harimu as-Syura
Setiap inci tanah buatmu Karbala
Tidak ada ibu selain Fatimah
Tidak ada amir selain Ali
Setiap tanah adalah Fadak
Wajib kita tebus kembali.
‘As-Syura’ yang dimaksudkan oleh beliau adalah ‘Asyura iaitu 10 Muharram, tanggal ketika Saidina Hussain RA dibunuh secara kejam di Karbala. Tentang pembunuhnya, terdapat perbezaan riwayat dan pendapat para ulama. Kami, al-Kutawi cenderung kepada pendapat bahawa yang membunuhnya adalah orang-orang Syi'ah sendiri yang berpura-pura menjadi penyokong dan pengikut setia Saidina Hussain ketika tiba di Karbala. Pendapat yang masyhur adalah bahawa yang membunuh beliau adalah tentera Yazid bin Mu’awiyah tetapi pandangan ini perlu dikaji semula disebabkan riwayat-riwayatnya yang lemah dan diriwayatkan oleh rawi-rawi Syi'ah atau mempunyai unsur tasyayyu’ dan ini jugalah pendapat Syi'ah walaupun riwayat yang menjadi bukti pendapat kedua terdapat dalam kitab-kitab mereka sendiri!
Syi'ah menjadikan peristiwa ini untuk memburuk-burukkan khalifah kedua Bani Umayyah, Yazid anak Saidina Mu’awiyah bin Abu Sufyan RA, adik ipar Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam tersebut sebagai pembunuh Saidina Hussain RA, cucunda baginda shallallahu’alaihiwasallam. Ulang tahun hari tersebut dijadikan hari ratapan oleh golongan Syiah dengan memukul badan mereka sehingga berdarah. Faisal Tehrani cuba membangkitkan semula peristiwa tersebut, mungkin untuk meraih simpati umat Islam kepada nasib yang menimpa Saidina Hussain, tidak, hakikatnya mereka cuba menyebarkan dakyah!
‘Setiap tanah adalah Fadak, wajib kita tebus kembali’ pula merujuk kepada tanah Fadak yang disangka oleh Saidatina Fathimah RA sebagai tanah pusaka daripada ayahandanya, Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam. Saidina Abu Bakr al-Shiddiq RA pula berpendapat bahawa menantunya, Rasulullah shallahu’alaihiwasallam tidak mewariskan apa-apa benda kepada keluarga baginda. Baginya, segala harta benda baginda shallahu’alaihiwasallam haruslah diserahkan kepada kaum Muslimin. Lantaran itu, beliau mengambil tanah Fadak daripada Saidatina Fathimah RA untuk diserahkan kepada perbendaharaan kerajaan Islam pada masa itu.
b
Terdapat riwayat sejarah menunjukkan Saidatina Fathimah RA tidak reda dengan ‘rampasan’ yang dilakukan oleh Abu Bakr tersebut sehingga beliau meninggal dunia dan terdapat riwayat yang menunjukkan sebaliknya. Syi'ah mengambil dan menguar-uarkan riwayat pertama untuk menunjukkan kejahatan Saidina Abu Bakr RA, pengganti Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam.
‘Wajib kita tebus kembali’ adalah ungkapan provokasi yang ingin membangkitkan rasa marah umat Islam kepada Saidina Abu Bakr dan para sahabat yang bersama beliau RA yang dikafirkan oleh Syi'ah Rafidhah yang didakwa merampas hak Saidatina Fathimah RA. Inilah antara isu yang sering dibangkitkan oleh Syi'ah dalam gerak kerja mereka menyebarkan dakyah mereka.
Faisal Tehrani tidak cukup dengan itu, malah beliau kembali lagi berpuisi:
Labbaika ya Nasrallah,
Komander Imam Mahadi,
Izinkan aku bersama tenteramu.
‘Labbaika ya Nasrallah’ adalah slogan yang diulang-ulang oleh Syi'ah sebagai sokongan kepada Hassan Nashrullah dan Hizbullah ketika perang yang terjadi antara Lubnan dengan Israel tidak lama dahulu. Faisal Tehrani juga menyandangkan gelaran ‘komander Imam Mahdi’ kepada Hassan Nashrullah yang bermakna beliau mengiktiraf akidah Syi'ah yang dianuti Hassan Nashrullah sebagai sahih dan selari dengan akidah Imam Mahdi sehingga beliau layak menjadi komander beliau. Beliau juga berkata ‘izinkan aku bersama tenteramu’ yang memberi erti bahawa beliau berharap untuk menjadi pejuang dalam barisan gerakan Syiah tersebut dan kata-kata ini menambahkan bukti bahawa beliau menerima Syi'ah sebagai pegangan.
Beliau juga tanpa segan menambah:
Nanti kalau ditakdirkan aku mati
Di medan itu,
Orang akan tahu
Bahawa aku bukan penyair saqifah
Aku juga tak malu menjadi rafidhah
Kita semua bangga
Malah ingin turut serta
Ingin jadi Nasrallah
Jadi anggota parti Allah.
Ayat ‘aku juga tak malu menjadi Rafidhah’ juga menggambarkan betapa dahsyatnya fahaman Syi'ah Rafidhah yang sebati dengan jiwanya. Beliau juga menggunakan perkataan ‘kita’ dalam ayat ‘kita semua bangga’ yang merangsang dan menarik jiwa pembaca untuk mengaku sebagai pelaku bangga sebagai Syi'ah.
b
Demikianlah beberapa unsur Syi'ah yang sempat digali dan disampaikan kepada pembaca sekalian. Sesungguhnya, Faisal Tehrani mempunyai 'jasa' yang amat besar kepada perkembangan Syi'ah di Malaysia setelah jasanya dalam bidang kesusasteraan bahasa Melayu. Kami, al-Kutawi, sedar bahawa ramai dalam kalangan umat Islam yang menaruh simpati atau menyimpan perasaan kagum kepada Syi'ah dan tokoh-tokohnya seperti Ayatullah Khomeini, Mahmud Ahmadinejad, dan sebagainya kerana sumbangan mereka kepada Islam dalam melawan Amerika dan Israel. Kami juga faham bahawa sebahagian umat Islam mahu mendamaikan perkelahian Sunni-Syi'ah.
n
Tapi, kami lebih sedar dan faham bahawa Syi'ah adalah musuh para sahabat, ahli bait, dan umat Islam zaman-berzaman yang menyimpan dendam kepada Islam dan sekarang adalah masanya untuk mereka meluahkan kebencian mereka itu sementara menanti Imam Mahdi, ya Dajjal al-Masih mereka muncul dari arah Barat untuk menghancurlumatkan Ahli Sunnah sehancur-hancurnya. Insya-Allah, jika ada ruang dan peluang, akan kami usahakan untuk membentangkan sebab kami menentang Syiah. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Tak kenal maka tak benci.
ba
Ya Allah, andai Faisal Tehrani ingin menjadi tentera Dajjal, biarlah aku menjadi tentera al-Mahdi dan Nabi 'Isa 'alaihissalam yang menghunus pedang pada tengkuknya!
a
Ya, semoga Dr. Faisal kembali kepada fitrahnya sebagai Sunni, doa-doakan. Sesungguhnya pintu taubat itu belum tertutup buatnya selagi ia belum meninggal dunia. Kami sayang Dr. Faisal sebagaimana Rasulullah shallallahu'alaihiwasallam sayangkan Abu Thalib. Semoga Abu Thalib kali ini memilih cahaya bukan lagi kegelapan!!