Lagi sekali rebah
Jangan gelisah
Usah gelabah
Aku mesti tetap tabah
Selagi ajal belum tiba
Aku tidak perlu hiba
Selagi alam belum berubah
Citra masih boleh digubah;
Diatur setiap langkah
Dirangka setiap tingkah
Satu-persatu
Sampai menyatu
Antara dua tinta
Antara dua kanta
Antara dua cinta.
Ibnu Anas al-Kutawi,
Mu'tah, al-Karak, Jordan;
12.32 tengah malam, Sabtu, 2 Jun 2012.
Catatan: sila klik di sini untuk melihat dan menyimpan poster berkaitan.