Walau susah begini
Aku tak iri hati
Melihat engkau bahagia
Aku bahagia bersama.
Walau pada saat buntu
Aku tak minta dibantu
Biarkan daku hidup begini
Bersama isteri memijak duri.
Mungkin hubungan makin suram
Tanpa kalam tanpa salam
Cukuplah peristiwa semalam
Membuat aku tergamam.
Selasa, 23 Ogos 2016
Menikmati Derita
Mendengar dari kejauhan
Cerita senang kawan-kawan
Separuh bakal bergelar sarjana
Selebihnya berjaya dengan kerjaya.
Sedang diri tertambat di kandang
Seekor singa telah kecundang
Jiwa raga di syarikat *******
Menikmati derita bersama warganya.
Maafkan papa wahai anak-anak
Atas baju singkat dan seluar koyak
Maafkan abang wahai sayang
Hidup kita tak sesenang orang.
Cerita senang kawan-kawan
Separuh bakal bergelar sarjana
Selebihnya berjaya dengan kerjaya.
Sedang diri tertambat di kandang
Seekor singa telah kecundang
Jiwa raga di syarikat *******
Menikmati derita bersama warganya.
Maafkan papa wahai anak-anak
Atas baju singkat dan seluar koyak
Maafkan abang wahai sayang
Hidup kita tak sesenang orang.
Langgan:
Catatan (Atom)