Rabu, 21 Disember 2011
Kiriman dari Hati
Terus menggagah tiada henti
Walaupun diri hanya bersendiri
Kemenangan itu aku hampiri.
Jumaat, 2 Disember 2011
Melihat Salafi Malaysia dari Jauh
Rakyat Malaysia di mana pun mereka tinggal dapat merasai kehangatannya. Ada yang bersama mereka dan ada yang menentang. Ustaz Zamihan dan Ustaz Azhar Idrus antara tokoh yang dilihat kuat menentang. Biasalah, apabila ada sesuatu yang baru, pasti akan ada yang menyokong dan yang menentang. Seperti Islam bawaan Nabi Muhammad shallahu’alaihiwasallam, ditentang juga oleh kafir Quraisy. Kata mereka, Nabi shallahu’alaihiwasallam memecahbelahkan perpaduan orang-orang Arab. Ah, sama sahaja!
Jikalau mereka menentang dengan hujah pasti menjadi sesuatu yang sangat menarik. Namun, tidak. Tidak sama sekali. Mereka menyelewengkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi shallahu’alaihiwasallam demi kepentingan mazhab sendiri. Ayat al-Quran dan hadis ditafsirkan dengan tafsiran yang salah. Hadis yang dha’if disahihkan dan hadis yang sahih didha’ifkan. Inilah budaya mereka. Adat-istiadat yang diperturunkan dari generasi ke generasi sampai ke hari ini.
Kuman di seberang nampak, gajah di depan mata tidak nampak. Itulah kata-kata yang paling baik untuk ‘dihadiahkan’ kepada pendukung-pendukung dakwah tajdid di Malaysia. Mereka semua mengaku Salafi atau dikatakan sebagai Salafi. Senang-senang kita panggil sahaja mereka semua adalah Salafi. Tapi, ada yang tidak bersetuju. Kata mereka, Salafi hanya mereka sahaja. Orang lain yang tidak bersama mereka, bukan Salafi. Nampaklah sekarang, semua ingin merebut gelaran Salafi. Samalah seperti Hanabilah, Asya’irah, dan Maturidiyyah yang berebut nama Ahli Sunnah; malah Syiah pun hendak dipanggil Ahli Sunnah!
Sesetengah kalangan mereka, cepat sangat menyesatkan orang sampai ada yang menggelarkan Ustaz Harun Din, ustaz sihir. Masya-Allah! Cepat menghukum. Ini bid’ah, ini bid’ah. Aduhai kawan, sunnah sangatkah amalan kamu sampai senang-senang menghukum bid’ah amalan orang? Benar, tahlil arwah bid’ah, baca Yasin malam Jumaat bid’ah, baca al-Quran di atas kubur bid’ah. Tetapi, janganlah sampai qunut Subuh pun bid’ah juga! Memang, tidak salah berpendapat bahawa qunut Subuh bid’ah kerana Imam Ahmad pun berpendapat begitu. Yang salahnya, membid’ahkannya untuk menghina, mencela, dan menyesatkan. Itu bukan akhlak Imam Ahmad.
Mereka juga suka sangat menuduh orang taasub dengan mazhab Syafi’i. Pada masa yang sama mereka taasub dengan Imam Ibnu Taimiyah dan Ibnu al-Qayyim. Atau, taasub dengan ulama-ulama besar mereka seperti Syaikh Ibnu Baz, Syaikh Ibnu al-‘Utsaimin, Syaikh al-Albani, Syaikh al-Madkhali, dan Syaikh Shalih Fauzan; atau Syaikh Yusuf al-Qaradhawi, Syaikh Wahbah al-Zuhaili, dan sebagainya. Mereka semua adalah ulama. Ada betul ada salah. Kata-kata mereka perlu disemak semula. Jangan sampai taasub. Kaji sebelum terima.
Ramai juga antara mereka yang kurang beradab dan akhlak. Tidak tahu hikmah dalam berdakwah. Mentang-mentang mereka betul dan orang lain salah, mereka anggap mereka boleh cakap dan buat apa sahaja. Mereka bukan Salafi sebenar walaupun mereka kata mereka Salafi tulen pengikut Syaikh al-Albani dan thabaqat beliau. Ulama-ulama Salafi tinggi akhlaknya, bagaikan langit dengan bumi jika dibandingkan dengan mereka.
Salafi-salafi di Malaysia juga lebih semangat daripada ilmu. Mereka kuat menentang bid’ah dalam akidah baik dalam syariat. Tetapi, kadang-kadang mereka bercakap tanpa ilmu. Mereka hanya mengikut cakap-cakap ustaz-ustaz mereka sahaja. Mereka tidak kenal manhaj Salafi yang sebenar mengikut Imam Ahmad, Imam Ibnu Taimiyah, dan ulama-ulama besar yang lain. Mereka hanya mengikut buta apa yang disampaikan kepada mereka. Orang kata itu bid’ah, dia pun cakap, ini bid’ah. Orang kata itu sesat, mereka pun kata, itu sesat.
Mereka juga sangat bencikan PAS sampai masuk UMNO. Inilah yang dipanggil lawak antarabangsa. Syaikh ‘Ali bin Hasan al-Halabi, murid Syaikh al-Albani pernah ditanya tentang Salafi di Malaysia. Jawab beliau: Salafi Malaysia ini terbahagi kepada dua: pengikut Parti Islam dan pengikut Parti Kebangsaan. Yang pertama, hizbiyyah dan kedua jahil! Sekian. Tidakkah mereka tahu berparti adalah satu kesalahan di sisi ulama-ulama Salafi. Syaikh al-Albani sendiri mengatakan: termasuk dalam politik adalah meninggalkan politik. Nampaknya, Salafi Malaysia cuba mengasaskan mazhab baharu dengan bersama UMNO. Kalaupun benar hendak menasihati pemimpin dengan baik, janganlah sampai jadi UMNO. Jangan malukan Salafi!
Sekian.
Catatan: maaf saya ucapkan kepada sahabat-sahabat sekalian kalau bahasa yang saya gunakan sebagai nasihat kepada antum agak kasar. Jika saya bertegas dengan musuh-musuh Salafi, saya pun perlu bertegas dengan Salafi sendiri. Sebab, saya sangat sayangkan Salafi dan ingin lihat Salafi yang betul-betul bermanhaj Salaf seperti Imam Ibnu Taimiyah. Lihat bagaimana akhlak beliau dengan ahli-ahli bid’ah, pemimpin, dan sebagainya sehingga beliau dikagumi kawan dan lawan. Kata-kata beliau menusuk ke dalam hati Imam Ibnu al-Qayyim, al-Dzahabi, Ibnu Katsir, dan ramai muridnya yang lain sehingga hari ini umat Islam terhutang budi kepadanya. Inilah Salafi sebenar. Wassalam.
Ahad, 13 November 2011
Kita Semua Nampak Hantu

Kita semua pernah nampak hantu
Tak percaya?
Bukankah kita selalu terserempak
Dengan orang yang amat menyeramkan
Rambutnya panjang dan bibirnya merah?;
Bukankah mata kita selalu tengok
Nenek-nenek kebayan yang boleh berupa
Hari ini memakai gaun esok berjilbab labuh;
Bukankah hidung kita selalu tercium
Bau-bau harum dari tubuh-tubuh gebu
Tiba-tiba menghilang di tengah-tengah khalayak?;
Bukankah telinga kita selalu mendengar
Sorak-sorai dan tempik teriak mudi-mudi
Di dalam radio, nah, dan di sebelah rumah!
Bukankah semua itu hantu
Hantu puntianak sundal malam
Muncul tiap-tiap malam
Ada di pasar-pasar malam?;
Bukankah itu semua hantu
Hantu raya puasa dan haji
Akan keluar menjelang Syawal
Kembali lagi menjelang Aidiladha?;
Bukankah semua itu hantu
Ada dalam TV kita?!
Jangan asyik condemn perempuan!
Hantu jantan pun ramai
Nak kenal siapa mereka?
Cuba intai dalam cermin
Akan keluar satu wajah
Bukankah itu pun hantu?
Ah, tak mengaku!
Selasa, 8 November 2011
Zakat Mukafa'ah

Wang yang menjadi subjek perbincangan ini meliputi semua jenis penerimaan wang yang jumlahnya melebihi nisab zakat secara sekali gus dalam satu-satu masa sebelum cukup haul. Wang-wang tersebut sama ada diberikan sebahagian atau sepenuhnya asalkan melebihi nisab termasuk dalam jenis wang dimaksudkan. Antara contohnya ialah wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), zakat, bantuan, dan hadiah.
Pada perkiraan mata kasar, wang tersebut tidak termasuk dalam jenis-jenis wang yang perlu dikeluarkan zakatnya kerana tidak mencukupi syarat-syarat wajib zakat iaitu genap satu haul. Inilah zahir masalah. Namun begitu, terdapat padangan dalam kalangan ahli-ahli fiqh mengatakan wang tersebut wajib dizakatkan. Mereka menqiyaskan wang tersebut dengan hasil pertanian dan sumber galian yang wajib dikeluarkan zakat hanya setelah mencukupi nisabnya walaupun belum genap satu haul. Jadi, dikatakan bahawa pendapat pertama yang tidak mewajibkan zakat ke atas wang tersebut menggunakan qiyas jali dan pendapat kedua yang sebaliknya menggunakan qiyas khafi.
Pada pendapat saya yang bermohon supaya diberikan taufik oleh Allah, wang yang menjadi subjek perbincangan ini mempunyai pelbagai jenis. Walaupun caruman KWSP, zakat, bantuan, dan hadiah masing-masing didapati dengan jumlah yang teramat banyak dan sekali gus, tidak bererti wang-wang tersebut perlu disamakan statusnya tanpa mengambil kira aspek-aspek lain. Menyamakan caruman KWSP misalnya yang disimpan daripada potongan gaji bulanan sendiri dengan zakat yang diperolehi daripada sumbangan orang ramai tidaklah tepat.
Oleh sebab itu, saya mendapati wang berkenaan perlu dibahagikan kepada jenis-jenis berikut mengikut sumber asal wang dan sebab penerimaan sebagai contoh untuk memahami hukumnya iaitu;
- Wang hasil caruman
- Pampasan insurans
- Zakat
- Hadiah
- Sedekah
Wang dari jenis pertama hakikatnya wang individu yang disimpan oleh kerajaan atau pihak-pihak tertentu seperti Tabung Haji dan syarikat insurans untuk diserahkan semula pada masa yang ditetapkan. Disebabkan wang tersebut berasal dari hak milik individu, maka wajib dikeluarkan zakat apabila wang tersebut diterima. Ini bermakna, sebelum penerimaan, wang tersebut tidak wajib dizakatkan. Alasannya, pemilikan individu ke atas wang tersebut belum sempurna dan pemilik sebenar tidak mempunyai kuasa ke atas urusan wang terbabit. Pengiraan zakat bermula daripada haul yang pertama setelah cukup nisab sehingga tahun penerimaan.
Wang berbentuk pampasan daripada syarikat-syarikat insurans pula memerlukan perincian kerana kepelbagaian skim insurans. Secara ringkasnya, setiap pampasan yang diterima melalui skim insurans yang akan menyerahkan 100% hasil caruman kepada pencarum sama ada pencarum layak mendapat pampasan atau tidak perlu dikeluarkan zakat sama seperti jenis pertama. Sekiranya seseorang mencarum sebanyak RM 20 000 dalam sebuah skim insurans dan kemudiannya ditimpa kemalangan yang melayakkannya menerima pampasan sebanyak RM 100 000, ia wajib mengeluarkan zakat daripada RM 20 000 hasil carumannya. Alasannya, RM 20 000 tersebut sebenarnya wang miliknya yang disimpan oleh syarikat.
Masalah tersebut berbeza dengan skim yang menghanguskan kesemua jumlah caruman kerana pampasan yang diterima oleh pancarum tidak melibatkan hasil caruman. Sebabnya, sekiranya seseorang mencarum sebanyak RM 20 000 untuk mendapat perlindungan daripada kemalangan selama 10 tahun tetapi ia tidak mengalami apa-apa kemalangan sepanjang tempoh tersebut, ia tidak akan mendapat semula jumlah yang dicarum sebanyak RM 20 000 tersebut. Walau bagaimanapun, masalah berkaitan insurans ini perlu diperhalusi dengan lebih teliti memandangankan insurans sebuah produk kewangan yang mempunyai prinsip-prinsip tersendiri yang mungkin tidak sama dengan penjelasan di atas.
Wang dalam jenis ketiga iaitu zakat pula tidak perlu dizakatkan sama sekali. Zakat berasal daripada harta yang diserahkan oleh masyarakat Islam dan diagih-agihkan kepada asnaf yang delapan. Setiap asnaf menerima zakat dengan tujuan-tujuan tertentu. Contohnya, fakir miskin menerima zakat untuk meringankan masalah kewangan mereka, mualaf untuk memantapkan keislaman mereka, dan orang-orang yang berjihad untuk membantu perjuangan mereka. Dengan kata lain, jika wajib zakat ke atas zakat yang diterima oleh asnaf delapan itu bererti bukan 100% jumlah zakat yang diterima dapat digunakan oleh mereka kerana 2.5% terpaksa dikeluarkan untuk dizakatkan. Padahal, keseluruhan jumlah zakat yang diserahkan kepada penerima adalah untuk kegunaan mereka. Ringkasnya, mewajibkan zakat ke atas penerima zakat menyalahi maqashid zakat itu sendiri.
Dalam masa yang sama, pendapat tersebut menyulitkan pihak pengurus zakat dan asnaf dengan memaksa mereka menyerahkan dan menerima zakat secara ansuran sedangkan zakat tersebut diperlukan dengan jumlah yang banyak dalam satu-satu masa. Contohnya, seorang pelajar peringkat sarjana memerlukan RM 10 000 untuk membayar yuran semester. Ia menerima zakat sebanyak RM 10 000. Diandaikan nisab zakat pada waktu tersebut berjumlah RM 10 000; sekiranya wajib zakat ke atas penerima zakat, bererti ia hanya menerima RM 9 750. Jumlah tersebut tidak mencukupi untuk membayar yurannya. Jadi, untuk membolehkan ia membayar yuran dengan jumlah bersih daripada zakat, pengurus zakat terpaksa mengeluarkan zakat berulang kali dengan jumlah tertentu untuk memastikan tidak melebihi nisab.
Selain itu, pendapat tersebut juga seolah-olah tidak mencerminkan kebijaksaaan syariat Islam yang diturunkan oleh Allah. Perkara ini dapat dilihat secara jelas apabila seorang penerima zakat memohon RM 10 000 contohnya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Untuk memberikan RM 10 000 secara bersih kepadanya, pihak pengurus zakat terpaksa memberikannya sebanyak RM 10 256.41 kerana RM 256.41 daripada jumlah tersebut terpaksa dizakatkan semula. Perbuatan tersebut nampak seperti satu helah yang terpaksa dilakukan dan menggambarkan kelemahan syariat Allah sedangkan Allah maha bijaksana.
Wang yang berbentuk hadiah apabila diterima sekali gus dalam jumlah yang melebihi nisab juga tidak perlu dizakatkan sehingga cukup tempoh satu tahun. Sebabnya, wujud persamaan yang rapat antara hadiah dengan zakat. Bezanya hanya apabila hadiah diberikan dengan niat merapatkan hubungan dengan penerima dan hukumnya sunat sementara zakat diberikan dengan niat semata-mata kerana Allah dan hukumnya wajib. Masing-masing merupakan pemberian daripada sebelah pihak kepada pihak yang lain.
Sesetengah kalangan ilmuwan mungkin ada yang berpendapat qiyas hadiah dengan sumber galian dan harta karun adalah lebih tepat. Namun pendapat tersebut sama sekali tidak tepat kerana sumber galian asalnya milik kerajaan sesebuah wilayah sedangkan hadiah asalnya milik pihak-pihak tertentu. Apabila seseorang menemui sumber galian atau harta karun, ia perlu mengeluarkan zakat kerana harta yang dijumpainya hakikatnya milik kerajaan yang perlu dikongsikan bersama penduduk-penduduk yang memerlukan. Tidak boleh dimonopoli oleh seseorang untuk kepentingan peribadi semata-mata. Adapun hadiah bukan milik kerajaan tetapi milik pihak-pihak tertentu yang boleh diberikan kepada sesiapa yang diingini.
Wang yang diterima oleh individu atau kumpulan sebagai satu bentuk sedekah juga tidak perlu dizakatkan walaupun melebihi nisab. Wang tersebut wajar diqiyaskan dengan zakat dan hadiah. Malah, sedekah mempunyai persamaan yang lebih rapat dengan zakat berbanding hadiah kerana bantuan diberikan untuk meringankan beban orang-orang yang memerlukan dan hukumnya lebih sunat berbanding hadiah.
Sebenarnya banyak lagi jenis-jenis wang yang diterima dalam jumlah yang banyak sekali gus yang termasuk dalam perbahasan ini seperti mahar kahwin, wang pencen, dan harta pusaka. Kesimpulannya semua jenis wang yang diterima daripada pihak lain tidak perlu dizakatkan sehingga genap satu haul.
Barangkali sesetengah pihak menolak kesimpulan sebegini kerana bagi mereka wang-wang yang diperolehi sekali gus mempunyai bahagian milik masyarakat yang perlu dikongsi bersama. Tambah mereka, pendapat yang mewajibkan zakat ke atas wang-wang tersebut lebih berhikmah kerana sekiranya wang tersebut tidak dikenakan zakat, pasti wang tersebut akan habis sementara menunggu cukup haul. Jadi, hak-hak fakir miskin akan hilang. Mereka kali ini menqiyaskannya dengan zakat tanaman.
Sebenarnya hujah-hujah sedemikian lemah kerana zakat hanya sabit menerusi nas-nas syarak ke atas harta-harta tertentu. Tidak semua harta perlu dizakatkan dan tidak semua orang yang memerlukan bantuan diberikan zakat. Sementara alasan mereka bahawa sekiranya wang yang diterima itu tidak segera dizakatkan akan kehabisan dan menyamakannya dengan zakat tanaman juga tidak tepat sama sekali kerana tanaman sejenis harta yang cepat rosak sehingga perlu segera dikeluarkan zakat apabila dituai sementara wang tidak bersifat begitu. Walau bagaimanapun, pendapat mereka tertolak sejak awal lagi dengan alasan tidak wujud nas syarak dan qiyas yang sahih dan muktabar yang menyokongnya. Bagaimana pula apabila tidak ditemui mana-mana riwayat daripada ulama-ulama terdahulu yang membicarakannya padahal pada zaman sahabat dan salaf dahulu hadiah-hadiah dalam jumlah yang besar sentiasa dihulurkan?
Maka, kita perlu kembali kepada keumuman hadis yang dihasankan oleh Imam Ibnu al-Qayyim dan disahihkan oleh Syaikh al-Albani;
Terjemahan: tidak ada zakat ke atas sesuatu harta sehingga genap satu haul;
Sehinggalah ada nas yang mengkhususkannya seperti zakat tanaman dan sebagainya. Dalam masalah zakat mukafa’ah ini, tidak ada nas yang menyebutnya sama sekali.
Demikianlah pendapat saya dalam masalah tersebut. Pendapat ini hanyalah sebagai satu cadangan yang terbuka luas untuk dibincangkan bersama panel-panel Darul Ifta’.
Demikianlah pembentangan oleh insan yang baru belajar. Wallahua’lam.
Wassalam.
Catatan: kertas kerja yang dibentang sempena perbahasan tentang zakat mukafa'ah bersama panel-panel Darul Ifta', Biro Bimbingan dan Rohani, Persatuan Mahasiswa Malaysia Jordan. Hadis yang dikemukakan dalam artikel ini selepas dikaji semula didapati tidak sahih. Wallahu'alam.
Jumaat, 21 Oktober 2011
Keperluan Memahami Manhaj yang Sesuai dalam Mengeluarkan Fatwa di Malaysia
Dengan memfokuskan tanah air, Malaysia, negara yang berada di tengah-tengah Asia Tenggara tersebut dilihat mempunyai budaya beragama yang agak berbeza jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Dari segi sejarahnya, penduduk-penduduk Malaysia sebelum kedatangan Islam menganut agama Hindu dan Buddha. Pengaruh Hindu-Buddha masih wujud sehingga hari ini walaupun Islam telah bertapak di Malaysia sejak 600-700 tahun yang. Adat dan budaya masyarakat setempat juga berubah-ubah mengikut peredaran zaman dan pengaruh-pengaruh luar. Pada dekad-dekad belakangan ini, Malaysia menerima tempias perkembangan pesat manhaj-manhaj yang berlaku di Arab Saudi, Mesir, Yaman, India dan Pakistan. Semua perkara tersebut menyumbang kepada pembentukan sebuah manhaj dalam beragama di Malaysia.
Secara ringkasnya, umat Islam di Malaysia kebanyakannya berakidah Asya’irah dan bermazhab Syafi’i. Dua mazhab tersebut menjadi pegangan dan amalan sedari zaman kesultanan Melayu Melaka lagi yang dapat dilihat menerusi penggubalan undang-undang kerajaan Melaka dan kitab-kitab Jawi lama. Walau bagaimanapun, mazhab Asya’irah dan Syafi’i di Malaysia adalah dengan gaya setempat yang kadang-kadang tidak sama dengan mazhab yang asal atau yang diamalkan di Yaman dan Syria. Hal ini disebabkan beberapa faktor. Antaranya pengaruh fatwa-fatwa ulama dari mazhab dan manhaj yang lain.
Manhaj yang paling kuat mempengaruhi amalan agama di Malaysia ialah manhaj mu’asharah dan Ikhwani yang pada mulanya dibawa oleh bekas-bekas pelajar di Universiti al-Azhar. yang kemudiannya dikembangkan oleh ramai ustaz-ustazah daripada tempat-tempat lai khususnya Jordan. Manhaj mu’asharah ini diterima baik walaupun bertentangan dengan mazhab asal kerana kemudahan dan keselesaan yang didapati daripadanya. Manhaj Ikhwani pula diamalkan dalam masalah politik melihatkan persamaan antara keadaan politik di Malaysia dan di Mesir dalam usaha menegakkan negara Islam menerusi demokrasi. Manhaj-manhaj lain seperti Ahbasy, Tablighi, ahli hadis, Salafiyyah-Wahhabiyyah, dan Islam Liberal juga diamalkan dan cuba dikembangkan di Malaysia.
Kepelbagaian manhaj ini mencetuskan banyak perbalahan dalam kalangan pendukung-pendukungnya yang akhirnya merebak juga kepada orang awam. Perbahasan-perbahasan khilafiyyah disebut dalam kuliah-kuliah dan ditulis dalam buku, akhbar, dan majalah-majalah. Tidak cukup dengan itu, isu-isu khilafiyyah menjadi topik hangat dalam internet. Majoriti umat Islam Malaysia memihak kepada manhaj tradisi sehingga mencetuskan tentangan yang hebat terhadap manhaj-manhaj lain khususnya Ahli Hadits dan Salafiyyah-Wahhabiyyah. Namun begitu, mereka tidak kalah hujah malah terus-menerus mempertahankan manhaj mereka.
Walau bagaimanapun, fenomena ini hanya berlaku dalam kalangan sebahagian kecil umat Islam. Mereka adalah golongan agamawan berpengetahuan. Golongan agamawan yang kurang pengetahuan agama pula boleh dikatakan tidak bermazhab dan tidak bermanhaj. Mereka menurut sahaja fakta-fakta dan fatwa-fatwa yang disampaikan oleh ustaz-ustazah kepada mereka tidak kira daripada mazhab dan manhaj mana. Golongan bukan agamawan yang lemah pegangan agamanya pula dilihat kurang mempedulikan pengetahuan agama.
Pada akhir-akhir ini, ramai umat Islam Malaysia mula memperlihatkan kecenderungan untuk mempelajari agama. Percambahan tempat-tempat pengajian Islam dirasai di mana-mana. Ratusan atau ribuan buku agama diterbitkan setiap tahun. Banyak soalan diajukan kepada ustaz-ustazah meminta penjelasan tentang masalah-masalah agama yang dihadapi. Bagaimanakah bentuk jawapan yang perlu diberikan oleh mereka? Jawapan mazhab manakah yang perlu diambil? Adakah perlu disertai dalil-dalilnya sekali? Apakah adab-adab dalam perlu dijaga bersama?
Untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut, sebuah metodologi dicadangkan untuk menjadi garis panduan kepada para ustaz dalam berinteraksi dengan soalan-soalan yang diajukan oleh masyarakat. Modul tersebut diharapkan mampu membina kewibawaan pendukung Islam sekali gus memantapkan perkembangan dakwah Islamiyyah di tanah air. Dengan cadangan ini juga diharapkan mampu menjernihkan kekeruhan kefahaman masyarakat tentang Islam yang terhasil akibat perselisihan mazhab dan manhaj.
Secara ringkasnya, bentuk fatwa yang dicadangkan perlu meraikan keadaan dan persekitaran setempat. Fatwa yang dimaksudkan adalah semua jawapan kepada persoalan-persoalan agama yang diajukan oleh masyarakat kepada ahli-ahli agama dan tidak khusus kepada jawapan atau kenyataan daripada mufti-mufti dan organisasi-organisasi fatwa sahaja. Perlu diperhatikan juga perbezaan antara fatwa dengan pendapat peribadi. Pendapat peribadi adalah hasil ijtihad yang dianggap paling rajih pada pandangannya dan bukan untuk disebarkan kepada masyarakat umum atau untuk disampaikan kepada mana-mana pihak. Fatwa pula merupakan hasil ijtihad yang tidak semestinya paling rajih dan dikeluarkan untuk masyarakat umum atau khusus untuk diamalkan oleh pihak-pihak tertentu.
Fatwa yang meraikan keadaan dan persekitaran di sini bermaksud fatwa yang tidak jumud dengan hasil-hasil ijtihad sendiri yang dipengaruhi oleh sentimen taasub mazhab dan manhaj sendiri. Sikap taasub mazhab dalam kalangan majoriti tokoh agama di Malaysia telah menyebabkan mereka memberikan fatwa berdasarkan mazhab yang dianuti sambil menyerang mazhab-mazhab lain sehingga menyebabkan perbalahan antara mereka dan kekeliruan dalam kalangan awam. Oleh sebab itu, mereka perlu membebaskan diri mereka daripada sikap buruk tersebut dan cuba berlaku adil. Mereka juga perlu berhemah dan berlapang dada apabila dikritik oleh pihak yang tidak bersetuju dengan pendapat mereka.
Secara ringkasnya, fatwa yang cemerlang mengandungi perkara-perkara berikut:
- Gambaran kedudukan masalah dalam perbahasan alim-ulama secara umum
- Penjelasan masalah mengikut amalan tempatan
- Penjelasan masalah mengikut mazhab tempatan
- Penjelasan masalah mengikut pendapat yang rajih
- Dalil-dalil mazhab tempatan dan pendapat yang rajih
- Cadangan tindakan yang perlu dilakukan oleh penanya.
Sebagai contoh, apabila ditanya ‘ada seorang ustaz mengatakan wajib membaca basmalah ketika berwuduk dan mengatakan tidak sah wuduk tanpa basmalah. Mohon penjelasan ustaz mengenai masalah ini’ fatwa yang perlu diberikan sepatutnya berbunyi:
Masalah hukum membaca basmalah ketika wuduk termasuk dalam perkara-perkara yang diperselisihkan oleh para ulama. Pendapat yang mewajibkan basmalah adalah satu pendapat dalam mazhab Hanbali dan pendapat mazhab Dzhahiri. Imam Ishaq bin Rahawaih juga berpendapat demikian. Adapun jumhur ulama berpendapat basmalah hanyalah sunat. Malah, ada ulama yang tidak memandangnya satu perkara sunat malah ada ulama yang diriwayatkan membid’ahkannya. Umat Islam di Malaysia mengamalkan pendapat jumhur yang menyunatkannya. Inilah yang diajarkan oleh guru-guru pondok zaman-berzaman dan bertepatan dengan pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafi’i. Demikian jugalah pendapat yang rajih bagi saya. Pendapat yang mewajibkannya berpegang kepada hadis ‘tidak dikira berwuduk orang yang tidak menyebut nama Allah padanya’. Disebabkan kesahihan hadis ini dipertikaikan oleh ulama, maka tidak sabit hukum wajib tersebut. Tambahan pula, ayat wuduk dalam surah al-Nisa’ dan al-Ma’idah tidak menyebutkan basmalah. Inilah hujah jumhur. Berkenaan jawapan ustaz tersebut, beliau memilih pendapat yang mewajibkannya dan barangkali berpegang kepada hadis tersebut. Mungkin beliau memandang hadis tersebut sahih. Kepada yang bertanya, saya jelaskan bahawa kedua-dua pendapat adalah muktabar di sisi ulama walaupun bagi kita, pendapat yang menyunatkannya lebih tepat. Saya nasihatkan kepada antum supaya cuba sedaya upaya membaca basmalah ketika berwuduk walaupun tidak wajib dan tidak bermudah-mudahan dengannya. Wallahua’lam.
Perkara penting yang perlu dielakkan dalam fatwa ialah merendah-rendahkan pendapat orang lain. Walau bagaimanapun, kaedah ini tidak melazimi setiap fatwa kerana terdapat pendapat yang tidak muktabar. Pendapat yang tidak muktabar perlu ditangani secara bijaksana. Kadang-kadang pendapat yang tidak muktabar tersebut diterima baik oleh masyarakat dan sebati dalam kehidupan mereka. Sekiranya pendapat tersebut ditolak secara keras dan tidak berhikmah ketika mengeluarkan fatwa dikhuatiri fatwa tersebut tidak diendahkan oleh masyarakat atau mencetuskan kemungkaran yang lebih besar.
Banyak lagi perkara lain yang perlu diambil perhatian oleh tempat-tempat rujuk masyarakat. Masyarakat yang dididik oleh guru-guru yang tidak beradab dalam menyampaikan pandangan akan melahirkan masyarakat yang juga tidak beradab malah lebih teruk daripada itu. Kalau guru kencing berdiri pasti murid akan kencing berlari.
Wallahua’lam.
Selamat Datang ke Penjara Mu'tah
selamat datang ke Penjara Mu’tah;
ikhlas daripada banduan lama
tulus kepada banduan baru.
Penjara Mu’tah ini
penjara yang teramat kejam
tidak kenal belas ihsan
kepada sesiapa pun;
kepada kami
banduan lama
dan seterusnya
kepada kamu
banduan baru.
Kami rasa
tidak perlu kami ceritakan
suasana sebenar penjara ini;
kerana setiap banduan yang datang
tidak ada seorang pun yang dapat pulang
sebelum merasa azab seksa
sebelum mengalami sakit derita
di penjara tanpa kawat besi ini
di penjara yang kamu gelarkan universiti ini.
Selamat datang
sekali lagi kami ucapkan
selamat datang ke Penjara Mu’tah.
Rabu, 19 Oktober 2011
Lumpur-lumpur Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur masih berdiri
Menara Berkembar Petronas tetap meninggi
Ketika matahari dinihari mula menampakkan diri
Ketika bulan dan bintang-bintang masuk bersembunyi.
Para penghuni cepat-cepat bangun dan mandi
Kemudian membalut tubuh sebelum minum pagi
Ada yang sempat sujud bersama-sama di rumah suci
Tetapi tidak ramai kerana banyaknya rukuk sendiri-sendiri
Malah ramai yang bingkas keluar tidak ada masa untuk Ilahi.
Berkejar-kejarnya mereka mencari rezeki
Hidup ini perlu mewah hidup ini hanya sekali
Rumah besar kereta mahal mesti dibeli mesti dicari
Dari pagi hingga lewat petang terkadang sampai habis hari
Biasa sahaja maghrib di tengah jalan di dalam komuter dan LRT
Apakan daya hidup di Kuala Lumpur mesti bekerja sampai mati.
Menara Kuala Lumpur masih berdiri
Menara Berkembar Petronas tetap meninggi
Ketika matahari senja mula menghilangkan diri
Ketika bulan dan bintang-bintang penat bersembunyi.
Rabu, 12 Oktober 2011
Di Sebalik Fenomena Dokumentari The Arrival

The Arrival walaupun kurang mantap dari banyak segi kerana dihasilkan oleh dua individu yang sahaja berjaya mencetuskan satu kejutan kepada umat Islam. Mungkin The Arrival sengaja dihasilkan dalam bentuk siri dokumentari yang disiarkan melalui YouTube melihatkan umat Islam kurang suka membaca artikel atau buku yang berbentuk tulisan. Mereka lebih suka disuap terus daripada mesin-mesin canggih seperti TV dan komputer.
Di sebalik konspirasi Freemasonry dan Illuminati yang didedahkan secara serius oleh The Arrival mungkin ramai yang tidak perasan bahawa siri dokumentari itu sendiri telah terpengaruhi konspirasi jahat itu. Dokumentari tersebut memaparkan gambar-gambar seksi wanita yang diharamkan oleh syariat. Tidak ada sebab yang dapat diterima kerana tidak wujud kemaslahatan untuk melakukannya.
Barangkali pembuat The Arrival tidak tahu akan keharamannya dan ini merupakan sangkaan yang lebih kuat. Malahan, mereka hidup dalam kelompok manusia yang terbiasa dengan perkara-perkara itu yang menyebabkan mereka menganggapnya biasa. Dalam video-video klip nasyid yang bertujuan dakwah seperti video-video klip Zain Bhikha dan Native Deen pun ada mempamerkan aurat. Nampaknya orang-orang Islam di Barat menerima kesan kawalan minda oleh musuh sehingga tidak mampu membezakan antara yang halal dan haram meskipun jelas.
Dalam sebuah video klip Native Deen contohnya telah menunjukkan seorang wanita yang baru memeluk Islam sedang menguruskan anaknya di rumah dalam keadaan tidak bertudung. Apabila wanita tersebut ingin keluar rumah barulah wanita tersebut mengenakan tudung. Adakah masih ada kesangsian bahawa rambut perempuan adalah aurat yang wajib ditutup daripada pandangan umum? Lantas, mengapa sengaja mempamerkan aurat tersebut kepada para penonton?
Tidak ada keuzuran untuk mereka melainkan kerana mereka tidak tahu dan kerana pengaruh kehidupan Barat di sekeliling mereka.
Pengaruh Yahudi juga masuk menyelinap ke dalam dokumentari The Arrival apabila pembuatnya melontarkan fikrah Syiah dengan menganggap 12 imam Syiah Rafidhah sebagai imam-imam yang mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Islam. Nampaknya pembuat The Arrival termakan dakyah Syiah yang masyhurnya diasaskan oleh ‘Abd Allah bin Saba’ seorang Yahudi.
Imam-imam 12 yang dipaparkan oleh The Arrival benar-benar menepati 12 orang imam Syiah Ja’fariyyah atau Itsna ‘Asyara Imamiyyah. Ini sesuatu yang sangat aneh sehinggakan Muhammad al-Mahdi, imam ke-12 Syiah pun dianggap sebagai Imam al-Mahdi yang ditunggu-tunggu selaras dengan agama Syiah yang batil itu. Sebenarnya, Muhammad al-Mahdi itu tidak pernah wujud dan merupakan dogengan Syiah semata-mata mengikut pakar-pakar sejarah Islam.
Pembuat dokumentari tersebut membuat kenyataan apabila dituduh menyebarkan fahaman Syiah berbunyi ‘saya bukan seorang Syiah dan bukan juga Ahli Sunnah’. Jadi, tidak peliklah mereka menjulang empat orang khalifah yang diiktiraf Ahli Sunnah dan mengangkat juga 12 imam yang diiktiraf Syiah seolah-olah ingin menyatukan antara Ahli Sunnah dan Syiah. Cuma yang pastinya idea tersebut salah. Tidak ada plurisme mazhab dalam Islam. Hanya satu mazhab yang benar. Ahli Sunnah atau Syiah.
Kesimpulannya, The Arrival sebuah dokumentari yang sangat baik dan mampu membasuh minda umat Islam. Beberapa perhatian perlu diambil apabila menontonnya kerana pembuatnya bukan pakar akidah dan syariat Islam. Umat Islam digesa untuk bangun semula sebagaimana gesaan The Arrival dan pengkaji-pengkaji konspirasi yang lain. Tinggalkan lagu, filem, dan hiburan-hiburan yang merupakan senjata ampuh Iblis.
Khamis, 8 September 2011
Meneliti Fatwa Majlis Kebangsaan: Hukum Upacara Akad Nikah di Masjid
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Upacara Akad Nikah Di Masjid. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Menjawab Ustaz Azhar Idrus dalam Masalah Hadis Nikah di dalam Masjid
Kalam Ulama; Hadis Maudhu' dalam Ihya' 'Ulum al-Din II
Rabu, 7 September 2011
Kalam Ulama; Hadis Maudhu' dalam Ihya' 'Ulum al-Din
Galakan Menutup Muka bagi Wanita Islam
Ahad, 28 Ogos 2011
Muhammad in the Hindu Scriptures
Sabtu, 20 Ogos 2011
Pameran Tubuh
Ada pameran buku
Ada pameran kereta
Ada juga pameran tubuh.
Tubuh-tubuh ini dipamerkan di mana-mana
Di pasar-pasar malam dan pasar-pasar raya
Di perhentian-perhentian bas di desa dan di kota raya
Di kaki-kaki lima dan jalan-jalan raya
Lagaknya macam cantik penuh bergaya
Seperti anak datuk yang kaya raya
Padahal rupanya bak hantu raya.
Tubuh-tubuh ini pelbagai bentuk pamerannya
Ada dibalut kemas menjadi buah nangka
Kalau rambut selamat lengan pula celaka
Malah tidak sedikit tubuh yang tidak tahu murka
Sengaja dada dan betis dibiarkan terbuka.
Tapi awas
Bukan untuk dijual
Tidak boleh dibuka
Tidak boleh disentuh
Tidak boleh diintai,
Hanya untuk suka-suka!
Tubuh-tubuh itu tidak mahal
Memang bukan untuk dijual
Tetapi mudah tertanggal
Apabila jantan-jantan mengusik nakal
Bukan tubuh sahaja yang rebah malah maruah pun meninggal.
Tuan-tuan tubuh itu bukan hanya orang putih
Yang tidak kenal Tuhan, adat temenggung atau perpatih
Cina memang ramai begitu juga India
Tetapi itu biasa, al-Quran mereka tiada
Yang peliknya apabila tuan-tuan tubuh itu anak-anak Melayu
Tubuh hitam legam kalau pegang bunga, bunga pun layu.
Insaflah empunya-empunya tubuh
Yang lawa atau yang hodoh
Yang cerdik atau yang bodoh
Sama-sama kita pakai telekung labuh
Tutup aurat kita, tutup kita punya tubuh
Malam ini hidup lagi siapa tahu esok subuh.
Ahad, 7 Ogos 2011
Kesalahan-kesalahan Besar dalam Makalah ‘Jejak Hadis dalam Kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din Imam al-Ghazali’
Seorang sahabat Facebook saya telah membuat persoalan dengan mempertikaikan kenyataan para ulama bahawa banyak hadis dha’if dan maudhu’ dalam kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din oleh Hujjah al-Islam Imam al-Ghazali rahimahullah. Beliau seolah-olah terpengaruh dengan ulama-ulama dan kelompok umat Islam yang condong ke arah tasawuf sehingga tidak mampu menerima kenyataan bahawa wujud hadis dha’if dan maudhu’ dalam Ihya’. Setelah berusaha menjelaskan pandangan sebenar kepada beliau menerusi komen-komen Facebook, beliau tetap tidak dapat memahaminya.
Saya pun mengarang sebuah artikel semalam bertajuk ‘Khilaf; Kedudukan Hadis dalam Ihya’ ‘Ulum al-Din’ dan menyiarkannya dalam laman Khilafiyyah. Walaupun serba kekurangan, saya harap artikel tersebut mampu menyelesaikan polemik yang telah ditimbulkan semula setelah senyap beberapa ketika itu. Tidak lama kemudian, seorang sahabat Facebook lain telah menyebarkan pautan makalah bertajuk ‘Jejak Hadis dalam Kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din’ dalam laman beralamat kehidupansufi.blogspot.com dalam bahasa Melayu Indonesia. Saya pun membukanya dan mendapati banyak kesalahan di dalamnya yang tidak dapat dipandang enteng oleh orang-orang yang mencintai Islam.
Saya berazam untuk membidasnya satu-persatu. Insya-Allah. Sebelum mendengar tanggapan-tanggapan kami terhadap makalah tersebut, saya rasa lebih adil jika anda membacanya terlebih dahulu:
Hujjatul islam adalah sebutan bagi ulama yang faqih dalam ilmu agama dan hafal lebih dari 300.000 ribu hadis.
kitab Ihya termaktub 4848 hadis! (Masuk dalam kriteria hadis shahih, hasan, dan dhoif (untuk hal yang dibolehkan spt ahlaq, sejarah, targhib agar tidak cinta dunia, fadhilah, doa sehari-hari etc)
Tak ada satupun dalam ihya ulumuddin hadis maudlu/palsu!
Imam ghazali menulis kitab tentang Ilmu dirayah (ilmu penelitian hadits) dalam kitabnya “Al Manqul min Ta’liqatil Ushul”
Dalam Ihya’ ada beberapa hadits yang oleh ulama’ setelahnya dinyatakan sebagai hadits yang tidak diketahui riwayatnya (لا اصل له), namun hal ini tidaklah menetapkan bahwa hadits itu adalah maudhu’ (karangan sendiri) karena dimungkinkan bahwa Imam Ghozali mendapatkan riwayat itu dari para gurunya yang tidak didapatkan oleh para ulama’ ahli hadits yang lainnya.
Jejak Hadits Dalam Kitab IHYA’
Mendengar nama Al-Ghazali, yang muncul dalam benak kita bukanlah sosok seorang laki-laki, melainkan kumpulan tokoh-tokoh yang mumpuni dan kredibel dalam berbagai bidang yang berbeda. Al-Ghazali adalah ulama ushul; seorang faqih, imam dan pejuang ahlussunnah dalam bidang teologi, seorang budayawan yang berpengalaman dalam menghadapi problematika lingkungan, rahasia-rahasia yang terpendam dalam sanubari dan problematika hati nurani dan seorang filosof.
Al-Ghazali adalah poros ilmu pengetahuan pada zamannya. Ia selalu merasa haus untuk menyelami berbagai disiplin ilmu dan tidak akan merasa puas sebelum ia menguasai cabang-cabang ilmu tersebut.
Di samping golongan yang mengaguminya -sejak dulu hingga sekarang- ternyata banyak juga tokoh yang mengkritiknya. Mereka menuduh Al-Ghazali kurang memberikan perhatian terhadap ilmu hadits, sehingga karya-karyanya dipenuhi hadits-hadits palsu. Mereka beranggapan, kebanyakan riwayat yang ada dalam kitabIhya’ Ulumiddin dinukil dari kitab-kitab tasawwuf dan kitab-kitab fiqih terdahulu, sehingga validitasnya pun patut diragukan.
Pendapat para pengkritik di atas, disetujui oleh sebagian orang tanpa terlebih dahulu melakukan peninjauan ulang karena mereka menganggap pendapat tersebut sudah cukup valid. Sebenarnya, kalau kita lakukan penelitian terhadap karya-karya Al-Ghazali terutama kitab Ihya’, akan kita temukan bukti-bukti dan realitas yang bertolak belakang dengan pendapat tersebut. Al-Ghazali menaruh perhatian yang besar terhadap studi ilmu hadits sebelum menulis beberapa karyanya. Ia banyak mengkaji kitab hadits-hadits shahih, terutama Shahih Imam Bukhori dan Imam Muslim. Hadits-hadits yang termuat dalam kitab Ihya’, banyak yang ia nukil dari kitab tersebut.
Ada beberapa hal yang membuktikan bahwa kredibilitas beliau dalam ilmu hadits tak perlu diragukan lagi.
Banyaknya hadits-hadits yang termaktub dalam kitab Ihya (4848) adalah bukti bahwa Al-Ghazali benar-benar mendalami ilmu hadits dan banyak membaca kitab-kitab hadits. Pengumpulan hadits dalam jumlah sebanyak itu dalam satu kitab tidak mungkin dilakukan kecuali oleh seorang yang benar-benar melakukan kajian yang mendalam dalam bidang tersebut. Sebagai catatan, Imam Ibnu Majah dalam musnadnya mengumpulkan 4341 hadits. Sedangkan Imam Abu Dawud meriwayatkan 5274 hadits.
Al-Ghazali menuangkan hasil penelitiannya terhadap ilmu hadits dalam kitab Al Manqul min Ta’liqatil Ushul. Dalam kitab tersebut Imam Ghazali membagi ilmu hadits dalam tiga bagian :
* Ilmu riwayah (ilmu tentang penyampaian hadits)
* Ilmu dirayah (ilmu penelitian hadits)
* Ilmu dirasat ma’ani hadits (ilmu tentang pemahaman makna-makna hadits) tentang hadits-hadits yang berhubungan dengan akhlaq, akidah dan hukum.
Pembahasan Al-Ghazali tentang ilmu dirayah hadits yang tertuang dalam kitab Al Mustashfa. Dalam kitab tersebut Al-Ghazali menerangkan tentang ungkapan-ungkapan yang digunakan para sahabat dalam meriwayatkan hadits, tentang hadits mutawatir, hadits ahad, dan sebagainya.
Beberapa metode sebenarnya telah dilakukan Al-Ghazali dalam meriwayatkan hadits. Pada saat memberikan penjelasan dalam studi ilmu hadits, Al-Ghazali mengatakan bahwa dalam ilmu hadits terdapat beberapa istilah yang perlu dipahami terlebih dahulu, antara lain :
Iqtishar, langkah-langkah untuk menyusun ilmu hadits seperti yang terdapat dalam dua kitab hadits shahih (Bukhari-Muslim)
Iqtishad, langkah yang dapat ditempuh oleh seseorang yang mengkaji ilmu hadits dengan cara menambahkan kategori lain yang tidak terdapat dalam kategori-kategori kedua kitab shahih di atas.
Sedangkan metode yang digunakan Al-Ghazali dalam mempelajari matan (isi, kandungan hadits) dalam kedua kitab shahih, agaknya mengikuti metodologiwijaadah (pembuktian yang kuat). Ia selalu berupaya untuk mengkonfirmasikan secara intensif dengan para ahli hadits (muhadditsin) yang hidup pada masa itu. Misalnya, ia mempelajari dua kitab hadits shahih dengan teliti, kemudian berupaya mengkonfirmasikan analisa teksnya terhadap hadits tertentu kepada seorang yang ahli dalam matan hadits. Hal ini menguatkan kesimpulan di atas bahwa Al-Ghazali sangat mungkin berusaha untuk berhubungan (confirmed) dan mengambil manfaat dari keberadaan para ulama hadits yang masih ada pada saat itu.
Al-Ghazali mempelajari ilmu hadits dan mengetahui pentingnya metode pengambilan sanad (isnad al hadits) dan metode mendengar (sama’ al hadits) dari para ahli hadits. Dan hadits yang ia buktikan kebenarannya dengan cara wijadah(penguatan) dan mungkin pula dengan ijazah dapat terwujud disebabkan oleh intensitas pertemuannya dengan para ahli hadits dalam sebuah pengembaraan intelektual yang sangat panjang sebelum ia mulai menulis kitab Ihya’ Ulumiddin.
Seringkali setelah menyebutkan satu hadits muttafaq alaih, beliau menambahkan beberapa riwayat yang lain. Ini menunjukkan bahwa ia banyak menelaah berbagai riwayat hadits. Dengan kata lain beliau banyak membaca kitab Bukhari Muslim, sama seperti ia juga membaca hadits-hadits lain, sehingga ia sering mengatakan, ‘dalam sebuah hadits lain’, ‘dalam Riwayat lain’, ‘dalam lafadh yang lain’, ‘tertulis dalam banyak lafadh yang berbeda’, itulah yang tertulis dalam banyak khabar’, serta berbagai kalimat yang menunjukkan beliau banyak menelaah kitab-kitab hadits.
Beliau memang menukil hadits dari kitab tasawuf dan fiqh tapi jumlahnya sangatlah sedikit bila dibandingkan dengan hadits yang dinukilnya dari kitab-kitab hadits. Itu pun dilakukanyya setelah mengkaji ulang secara mendalam, sehingga membuahkan keyakinan bahwa tak satupun hadits yang disebutkannya termasuk dalam kategori maudlu’ (palsu). Kajian al Iraqi dan al Murtadha sudah membuktikan kenyataan ini
Perbedaan di kalangan para cendekiawan pun dalam mengomentari hadits-hadits dalam Ihya’, adalah satu bukti, bahwa pemahaman mereka dalam ilmu hadits sangatlah berbeda. Dengan demikian, memvonis bahwa dalam kitab Ihya’ banyak terdapat hadits-hadits palsu serta dipenuhi oleh kebohongan adalah sikap yang terlalu tergesa-gesa dalam mengambil kesimpulan.
Abu Dawud mengatakan, mengutip dari Abu Zar’ah Ar Razy : ”Ada dua puluh ribu pasang mata yang bersama-sama dengan Rasulullah. Tiap pasang meriwayatkan darinya walau hanya satu kata, atau sebuah kalimat tentang beliau SAW. Dan hadits beliau jauh lebih banyak dari itu.” (Al Murtadha, juz I hal 50).
Karenanya, ketika Al-Iraqi mentakhrij hadits-hadits Ihya‘ dan merasa asing atas satu riwayat hadits beliau berkata, “Aku belum menemukan dasar pengambilan hadits ini.” Beliau tidak mengatakan “Hadits ini tidak berdasar sama sekali.” Ini cukup memberikan bukti bagi kita, bahwa al Iraqi sendiri sangat berhati-hati dalam mengambil keputusan atas apa yang belum diketahuinya, mengingat banyaknya hadits-hadits Nabi yang mungkin saja periwatannya tidak sampai pada sebagian ahli hadits. Dengan demikian tidak selayaknya kita mengatakan sebuah hadits adalah palsu tanpa bukti-bukti yang memadai.
Al-Ghazali menuliskan hadits-hadits dalam kitab Ihya’ yang ia kutip dari berbagai kitab hadits dan kitab-kitab lainnya, seperti kitab tasawwuf dan fiqih, dengan keyakinan bahwa derajat hadits-hadits tersebut tidaklah sama, ada shahih, hasan ataupun dha’if. Tentu saja keyakinan itu ia dapatkan setelah melihat berbagai pendapat para ulama’ hadits dan para ulama’ lainnya yang juga mengetahui banyak hal dalam ilmu-hadits, seperti Syaikh Abu Thalib Al-Makki. Ia mengkaji pendapat-pendapat mereka dan mempertimbangkannya ketika akan menukil berbagai hadits ke dalam karya-karyanya, termasuk Ihya’ Ulumiddin.
Al-Ghazali juga sangat tahu bahwa semua hadits yang ia nukil dalam kitab Ihya’tidak keluar dari kategori shahih, hasan, dha’if dan tidak satupun yang bisa dikategorikan sebagai hadits palsu (maudlu’). Karena itu, ia tidak melakukan sebuah revisi apa pun dalam kitab Ihya’, setelah ia merampungkan penulisannya dan mengajarkannya kepada murid-muridnya di kota Thus.
Lebih dari itu, Al-Ghazali juga sangat yakin bahwa mengarang hadits palsu dalam hal-hal yang berhubungan dengan keutamaan ibadah adalah perbuatan maksiat. Beliau berkata, ”Ada sebagian orang berasumsi bahwa boleh saja mengarang-ngarang sebuah hadits, bila itu digunakan dalam pembahasan keutamaan amal, ibadah, dan ancaman terhadap kemaksiatan. Mereka beralasan dengan tujuan yang baik, akan tetapi ini adalah asumsi yang salah karena Nabi SAW bersabda, ”Barangsiapa dengan sengaja berbohong atas namaku, maka kelak ia akan mendapatkan tempatnya di neraka” (Ihya’, juz 3 hal. 136). Al Iraqi berkata bahwa hadits ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari berbagai jalur periwayatan.
Jika kenyataannya memang seperti itu, maka tidaklah masuk akal, bila Al-Ghazali dengan sengaja menyebut hadits palsu atau meragukan dalam karyanya, karena ia akan termasuk kelompok yang dimaksud oleh Rasulullah dalam hadits di atas. Hal ini sangat dijauhi oleh Al-Ghazali
Sikap yang cenderung tergesa-gesa dari para pengritik Al-Ghazali di atas sebetulnya bisa dipahami sebagai akibat dari sikap antipati berlebihan dan tidak menerima secara lapang ketika sedang melakukan riset dan kajian dengan tujuan mencari kebenaran terhadap karya-karya Al-Ghazali, terutama Ihya’. Oleh karena itulah, mereka tidak bisa melakukan studi kritis yang benar, ilmiah dan objektif. Sehingga tanpa mereka sadari, mereka sudah terjebak sejak awal dalam kesalahan yang tidak semestinya terjadi ketika memberikan penilaian.
Sedangkan para ulama dan ahli hadis yang bersikap arif dalam menilai hadits-hadits dalam kitab Ihya’ bisa dikatakan sikap tersebut merupakan hasil dari sebuah niat yang memang benar-benar tulus untuk mencari kebenaran semata, bukan sekedar subjektivitas, karena itu pula mereka berkenan mengkaji Ihya’ dengan hadits-hadits di dalamnya, melalui kajian yang benar, jujur dan objektif. Sehingga mereka mampu menuliskannya dalam karya-karya ilmiah mereka yang bermutu. Di antara mereka yang bersikap seperti ini adalah Al-Iraqi dan Al-Murtadla. Keduanya telah bekerja keras dan serius ketika melakukan riset ilmiah dan studi kritis untuk mengetahui dan membuktikan hakekat hadits-hadits dalam Ihya’, sehingga mereka tidak terjerembab dalam kesalahan yang fatal. Masun Said Alwy.
Demikianlah bagaimana sang pengarang berusaha sedaya upaya membuktikan kebenaran dakwaan bahawa tidak ada hadis maudhu’ dalam Ihya’. Hakikatnya, dakwaan tersebut tidak benar. Dakwaan yang salah berasal dari kesimpulan yang salah. Kesimpulan yang salah pula berasal dari fakta-fakta yang salah. Di sini diperturunkan kesalahan-kesalahan fakta yang telah digunakan oleh pengarang.
Pertama, beliau mengatakan;
Hujjatul islam adalah sebutan bagi ulama yang faqih dalam ilmu agama dan hafal lebih dari 300.000 ribu hadis.
Kenyataan tersebut salah. ‘Hujjah al-Islam’ adalah gelaran yang diberikan kepada Imam al-Ghazali sebagaimana ‘Syaikh al-Islam’ gelaran bagi Imam Ibnu Taimiyah, ‘Zain al-Din’ bagi Imam al-‘Iraqi, dan ‘Jalal al-Din’ bagi Imam al-Sayuthi. ‘Hujjaj al-Islam’ bukanlah satu istilah khusus bagi ulama yang fakih dalam ilmu agama dan hafal lebih daripada 300 ribu hadis. Sebaliknya, istilah yang digunakan dengan makna tersebut ialah ‘al-Hujjah’ bukan ‘Hujjah al-Islam’ seperti yang didakwa.
Dr. Harits Sulaiman al-Dhari menyebut: dikatakan tentang definisi al-Hujjah: ulama yang memiliki hafalan dan kepakaran yang telah mencapai tahap layak dianggap sebagai hujah sandaran bagi orang awam dan orang-orang tertentu. Dikatakan juga, al-Hujjah adalah orang yang pengetahuannya meliputi 300 ribu hadis di samping mengetahui sanad dan rawi-rawinya dari segi jarh dan ta’dil dan sebagainya. [Muhadharat fi ‘Ulum al-Hadits, cet. keempat 1420 H, Dar al-Nafa’is, hal. 19]
Gelaran al-Hujjah adalah gelaran untuk ulama-ulama hadis sahaja. Imam al-Ghazali bukan ulama hadis. Sepanjang pemerhatian kami pada kitab-kitab ulama, tidak ada lagi ulama yang memasukkan Imam al-Ghazali ke dalam senarai ulama-ulama hadis. Tidak ada juga yang mengatakan Imam al-Ghazali seorang muhaddits atau ahli hadis. Menganggap gelaran ‘Hujjah al-Islam’ sebagai menandakan Imam al-Ghazali menguasai ilmu hadis tidak munasabah sama sekali. Imam al-Ghazali adalah ulama yang menentang ahli-ahli falsafah yang menyeleweng. Saya rasa, itulah sebabnya beliau digelar ‘Hujjah al-Islam’ dengan maksud hujah agama Islam ke atas ahli falsafah.
Kedua, pengarang mendakwa;
kitab Ihya termaktub 4848 hadis! (Masuk dalam kriteria hadis shahih, hasan, dan dhoif (untuk hal yang dibolehkan spt ahlaq, sejarah, targhib agar tidak cinta dunia, fadhilah, doa sehari-hari etc)
Tak ada satupun dalam ihya ulumuddin hadis maudlu/palsu!
Disebabkan seluruh makalah ditulis untuk membuktikan dakwaan tersebut, saya rasa tidak perlu saya jawab kenyataan tadi secara rinci di sini. Cukuplah saya mematahkan satu persatu hujah-hujah yang ia gunakan.
Ketiga, pengarang menulis;
Imam ghazali menulis kitab tentang Ilmu dirayah (ilmu penelitian hadits) dalam kitabnya “Al Manqul min Ta’liqatil Ushul”
Ini bukanlah hujah dalam menunjukkan Imam al-Ghazali pakar dalam ilmu hadis sehingga karangan Ihya’ beliau bebas daripada hadis-hadis dha’if atau maudhu’. Imam al-Ghazali memang mampu menulis tentang ilmu dirayah hadis kerana beliau seorang fakih dalam mazhab Syafi’i yang menguasai bidang ushul fiqh. Dalam cabang ilmu tersebut, memang ada dibicarakan tentang ilmu hadis tetapi tidak secara mendalam seperti dalam ilmu mushthalah yang perlu dikuasai untuk menjadi seorang yang pakar dalam ilmu hadis.
Bahkan, nama kitab yang disebut oleh pengarang pun menunjukkan kitab tersebut kitab ushul fiqh. Ulama-ulama dalam bidang tersebut pasti dalam menghurai isi kandungan kitab tersebut. Ini tidak patut menjadi satu perkara yang pelik. Ramai lagi ulama lain yang mengarang kitab ushul fiqh tetapi tetap sahaja tidak mampu menguasai ilmu hadis. Kedua-dua bidang ilmu jauh beza antara satu sama lain.
Keempat, dakwanya:
Dalam Ihya’ ada beberapa hadits yang oleh ulama’ setelahnya dinyatakan sebagai hadits yang tidak diketahui riwayatnya (لا اصل له), namun hal ini tidaklah menetapkan bahwa hadits itu adalah maudhu’ (karangan sendiri) karena dimungkinkan bahwa Imam Ghozali mendapatkan riwayat itu dari para gurunya yang tidak didapatkan oleh para ulama’ ahli hadits yang lainnya.
‘Beberapa hadis’ salah. Sepatutnya ‘banyak hadis’ kerana banyak bukan sedikit hadis yang dihukum oleh ulama sebagai la ashl lahu. La ashl lahu selayaknya diterjemahkan ‘tidak ada asal’ atau ‘tidak berasas’. Boleh sahaja diterjemahkan ‘tidak diketahui riwayatnya’ seperti terjemahan pengarang tetapi terjemahan tersebut lebih sesuai untuk istilah lam ajidhu, la a’rifuh, dan seumpamanya. Walau bagaimanapun, la ashla lahu, lam ajidhu, la a’rifuh, dan seumpamanya boleh sahaja dipanggil la ashla lahu kerana setiap istilah boleh dikatakan mempunyai persamaan dengannya.
Saya yakin bahawa si pengarang hanya merujuk kitab al-Mughni ‘an Haml al-Asfar fi al-Asfar fi Takhrij Ma fi al-Ihya’ min al-Akhbar’ oleh Imam al-‘Iraqi semasa mengeluarkan kata-kata tadi. Dalam kitab tersebut, Imam al-‘Iraqi dapat dilihat sebagai seorang yang tawaduk. Kebanyakan hadis yang tidak pernah ditemuinya dalam mana-mana kitab hadis atau kitab bersanad tidak dihukum maudhu’ tetapi dihukum sebagai la ashla lahu, lam ajidhu, dan sebagainya. Sekiranya hadis tersebut ditemui dalam mana-mana riwayat dan terbukti teramat dha’if, Imam al-‘Iraqi jarang menghukumnya sebagai dha’if jiddan sebaliknya berpada dengan dha’if. Inilah metodologi Imam al-‘Iraqi dalam mentakhrij hadis dalam Ihya’.
Orang yang tidak faham akan melakukan kesalahan besar dengan menyamakan metodologi Imam al-‘Iraqi dengan metodologi ulama-ulama lain. Istilah yang digunakan oleh Imam al-‘Iraqi dalam kitab al-Mughni tidak boleh difahami dengan semberono tanpa membuat kajian terlebih dahulu. Setiap ulama ada istilah masing-masing. Ulama-ulama lain juga telah melakukan takhrij ke atas Ihya’ dan hadis-hadis yang terdapat di dalamnya. Takhrij-takhrij tersebut seharusnya dimanfaatkan untuk mengetahui makna istilah-istilah yang digunakan oleh Imam al-‘Iraqi.
Contohnya hadis;
الإيمان عريان ولباسه التقوى وزينته الحياء وثمرته العلم
Iman tidak berpakaian. Pakaiannya takwa, perhiasannya malu, dan buahnya ilmu. [Ihya’, al-Maktabah al-Taufiqiyyah, jil. 1, hal, 16-17]
Imam al-‘Iraqi menyebut: dikeluarkan oleh al-Hakim dalam Tarikh Naisabur daripada hadis Abu al-Darda’ dengan isnad yang dha’if. [Ibid, jil.1, hal. 17]
Dilihat bahawa Imam al-‘Iraqi hanya mendha’ifkan sanadnya sedangkan ulama-ulama hadis lain seperti al-Shaghani, al-‘Ajluni, dan al-‘Amiri memaudhu’kannya dengan menyebutnya dalam kitab-kitab yang dikhususkan untuk hadis-hadis maudhu’. Paling kurang, hadis tersebut dihukum dha’if jiddan dan tidak sama sekali boleh menjadi semata-mata dha’if kerana hadis tersebut setidak-tidaknya mempunyai ‘illah yang menyebabkan ulama-ulama lain menilainya maudhu’.
Bahkan hakikatnya, Imam al-‘Iraqi sendiri ada memaudhu’kan hadis dalam Ihya’ secara terang-terangan yang merobohkan dakwaan pengarang dari akarnya. Antaranya hadis Solat al-Ragha’ib. Kata Imam al-‘Iraqi: dikemukakan oleh Razin dalam kitabnya dan hadis tersebut maudhu’. [Ibid, jil. 1, hal. 309] Nah, di manakah lagi tempat anda bersandar wahai sang pengarang? Imam al-‘Iraqi sendiri telah menolak dakwaan anda bahawa tidak ada hadis maudhu’ dalam Ihya’!
Sebagai tambahan, Imam al-‘Iraqi juga dilihat mengambil langkah berhati-hati dengan menukilkan kata-kata ulama lain dalam memaudhu’kan sesuatu hadis. Keadaan ini boleh disamakan dengan cara Imam al-Bukhari yang meriwayatkan kata-kata ulama terhadap rawi-rawi semasa menceritakan keburukan mereka. Contohnya, catatan beliau untuk sebuah hadis berbunyi: dikeluarkan oleh al-Bazzar dan al-Thabarani daripada hadis Abu al-Darda... (beliau menyebutkan lafaznya); kata Ibnu al-Jauzi: hadis maudhu’. Ibnu Hibban dan al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ daripada hadis Abu Bakr... (beliau menyebut sebahagian lafaz hadis); kata al-‘Uqaili: hadis batil tidak ada asal. [Ibid, jil. 2, hal. 19]
Selain itu, pengarang bahawa istilah la ashla lahu yang digunakan oleh sebahagian ulama dalam menghukum hadis-hadis Ihya’ tidak memberi makna bahawa mereka memaudhu’kan hadis-hadis tersebut. Bagi pengarang, mereka mengatakan la ashla lahu kerana beranggapan bahawa Imam al-Ghazali berkemungkinan menerima riwayat hadis tersebut daripada riwayat-riwayat yang tidak sampai kepada mereka. Dakwaan ini boleh diterima tetapi tidak secara mutlak. Sebab, ulama-ulama selalu menggandingkan la ashla lahu dengan istilah-istilah yang menunjukkan kelemahan dan kepalsuan sesuatu hadis seperti mungkar dan batil. Itu bererti mereka menganggap dha’if hadis-hadis la ashla lahu atau boleh jadi menjadi maudhu’.
Tetapi, bagi saya, istilah la ashla lahu yang disebut secara mutlak digunakan dua maksud. Pertama: hadis tersebut tidak dijumpai sanadnya. Sama seperti yang dijelaskan sebelum ini. Kedua: hadis tersebut tidak berasas sama sekali. Kedua-dua maksud merujuk kepada perkara yang sama iaitu hadis maudhu’. Cuma, sesetengah ulama menggunakan la ashla lahu dengan maksud pertama kerana menghukum sesuatu hadis dengan menyebutnya maudhu’ tidak sopan dan kerana bimbang sumber hadis tersebut ada tetapi tidak sampai kepadanya. Walau bagaimanapun, la ashla lahu memang merujuk kepada hadis maudhu’ tetapi dengan lebih sopan dan berhati-hati. Tidak boleh memahami la ashla lahu kecuali bahawa hadis la ashla lahu tersangat gharib yang sangat dha’if yang hampir-hampir jatuh menjadi maudhu’.
Antara yang menyokong dakwaan saya adalah manhaj Imam al-‘Iraqi dalam kebanyakan tempat dalam kitab takhrijnya. Beliau dilihat membahagikan darjat hadis kepada empat. Pertama, hadis sahih. Kedua, hasan. Ketiga, dha’if. Keempat, la ashla lahu. Jadi, mana-mana hadis yang tidak sahih selagi ditemui diriwayatkan dalam mana-mana kitab secara bersanad akan dimasukkan ke dalam bahagian ketiga. Ertinya, hadis maudhu’ yang diriwayatkan dengan sanad dicatat sebagai dha’if. Hadis-hadis yang maudhu’ yang tidak ditemui sanadnya dicatat sebagai la ashla lahu. Dakwaan ini bukan omongan kosong tetapi berdasarkan pemerhatian ke atas metodologi yang digunakan oleh beliau.
Sebenarnya, kemungkinan-kemungkinan yang diandaikan oleh pengarang kerap digunakan oleh orang-orang yang berdalilkan hadis-hadis dha’if dan maudhu’ dalam masalah-masalah agama. Mereka akan mengatakan, mungkin hadis tersebut tidak sampai kepada kita tetapi sampai kepada imam-imam yang mereka puja. Aneh sekali. Malah, kadang-kadang mereka wujudkan kemungkinan imam-imam mereka mendapat hadis melalui mimpi. Malah, beberapa mimpi bertemu Rasulullah shallahu’alaihiwasallam mengiktiraf hadis-hadis dha’if dan maudhu’ telah dicatat. Nah, jika setiap hadis dha’if dan maudhu’ yang digunakan oleh ulama-ulama muktabar dalam kitab-kitab mereka sebagaimana yang diihtimalkan, bererti tinggal separuh sahaja hadis-hadis dha’if dan maudhu’ pada hari ini kerana separuh lagi sudah menjadi sahih!
Sebenarnya, mimpi bukanlah hujah di sisi Ahli Sunnah tetapi hujah di sisi ahli bid’ah.
Kelima, kata-kata pengarang ketika melangkah masuk ke dalam gelanggang sebenar;
Jejak Hadits Dalam Kitab IHYA’
Mendengar nama Al-Ghazali, yang muncul dalam benak kita bukanlah sosok seorang laki-laki, melainkan kumpulan tokoh-tokoh yang mumpuni dan kredibel dalam berbagai bidang yang berbeda. Al-Ghazali adalah ulama ushul; seorang faqih, imam dan pejuang ahlussunnah dalam bidang teologi, seorang budayawan yang berpengalaman dalam menghadapi problematika lingkungan, rahasia-rahasia yang terpendam dalam sanubari dan problematika hati nurani dan seorang filosof.
Menerusi kata-katanya sendiri, pengarang mengaku bahawa Imam al-Ghazali adalah seorang ulama ushul. Barangkali ertinya ushul fiqh kerana demikian penggunaan yang masyhur di sisi ulama. Imam al-Ghazali juga seorang faqih, katanya. Ya, tidak dinafikan. Beliau antara ashhab al-wujuh dalam mazhab Syafi’i. Di samping itu, menurutnya, Imam al-Ghazali imam dan pejuang Ahli Sunnah dalam bidang teologi iaitu bidang akidah. Maksud Ahli Sunnah di sini adalah gabungan antara mazhab Asya’irah dengan Maturidiyyah kerana Hanabilah dan Salafiyyah pun mengaku Ahli Sunnah. Tambahnya lagi, Imam al-Ghazali budayawan yang berpengalaman menghadapi masalah kerohanian dan kejiwaan. Benar, Imam al-Ghazali seorang ulama akhlak. Juga katanya, Imam al-Ghazali seorang ahli falsafah. Ini pun tidak dinafikan. Jadi, di manakah dakwaan bahawa Imam al-Ghazali seorang ulama hadis yang katanya menguasai lebih 300 ribu hadis?
Keenam, lanjut sang pengarang;
Al-Ghazali adalah poros ilmu pengetahuan pada zamannya. Ia selalu merasa haus untuk menyelami berbagai disiplin ilmu dan tidak akan merasa puas sebelum ia menguasai cabang-cabang ilmu tersebut.
Di samping golongan yang mengaguminya -sejak dulu hingga sekarang- ternyata banyak juga tokoh yang mengkritiknya. Mereka menuduh Al-Ghazali kurang memberikan perhatian terhadap ilmu hadits, sehingga karya-karyanya dipenuhi hadits-hadits palsu. Mereka beranggapan, kebanyakan riwayat yang ada dalam kitab Ihya’ Ulumiddin dinukil dari kitab-kitab tasawwuf dan kitab-kitab fiqih terdahulu, sehingga validitasnya pun patut diragukan.
Kali ini mata saya tertumpu pada tuduhannya kepada segolongan ulama yang mengkritik Imam al-Ghazali. Katanya, mereka menuduh Imam al-Ghazali kurang memberikan perhatian terhadap ilmu hadis sehingga karya-karya beliau dipenuhi hadis-hadis maudhu’. Kenyataan ini benar sekali. Cuma, ‘dipenuhi’ elok diganti dengan ‘banyak kedapatan’ walaupun ulama-ulama yang mengkritik Imam al-Ghazali telah menggunakan perkataan ‘dipenuhi’ bagi menunjukkan banyaknya hadis dha’if dan maudhu’ dalam karya beliau.
Dakwaan pengarang, ulama-ulama tadi menganggap kebanyakan riwayat dalam Ihya’ diambil daripada kitab-kitab tasawuf dan fikah terdahulu sehingga menyebabkan kewibawaan tercalar. Di sini saya ingin berterima kasih kepada pengarang kerana telah memberitahu saya bahawa itu adalah anggapan para ulama pengkritik beliau. Sebelum ini, bermain dalam benak saya sahaja. Nampaknya, sangkaan saya ada asasnya di sisi ulama.
Sangkaan saya itu melihatkan kepada riwayat-riwayat yang terdapat dalam kitab Ihya’. Banyak lafaz hadis Ihya’ yang tidak sama dengan riwayat yang masyhur. Sudah tentu Imam al-Ghazali tidak memetiknya langsung dari sumber primernya tetapi kitab-kitab lain. Tetapi, kewujudan riwayat-riwayat tersebut tidaklah sampai menjatuhkan martabat Ihya’ sehingga segala kandungannya salah apatah lagi sesat. Berapa banyak lagi kitab lain yang diisi dengan hadis-hadis dha’if dan maudhu’ tetapi tetap sahaja dimanfaatkan oleh para ulama.
Ketujuh, pengarang mengatakan;
Pendapat para pengkritik di atas, disetujui oleh sebagian orang tanpa terlebih dahulu melakukan peninjauan ulang karena mereka menganggap pendapat tersebut sudah cukup valid. Sebenarnya, kalau kita lakukan penelitian terhadap karya-karya Al-Ghazali terutama kitab Ihya’, akan kita temukan bukti-bukti dan realitas yang bertolak belakang dengan pendapat tersebut. Al-Ghazali menaruh perhatian yang besar terhadap studi ilmu hadits sebelum menulis beberapa karyanya. Ia banyak mengkaji kitab hadits-hadits shahih, terutama Shahih Imam Bukhori dan Imam Muslim. Hadits-hadits yang termuat dalam kitab Ihya’, banyak yang ia nukil dari kitab tersebut.
Kali ini pengarang tidak menuduh ulama-ulama tadi tetapi menuduh orang-orang seperti saya. Pengarang menanggap kami tidak menyemak kembali pendapat ulama yang kami pilih itu. Saya tidak mahu membela orang lain tetapi diri sendiri. Saya ingin tegaskan, saya tidak sekali-kali menurut mana-mana ulama tanpa dalil dan sandaran yang dapat diterima. Itulah prinsip kita Ahli Sunnah.
Pengarang melanjutkan bahawa pendapat yang saya pilih itu akan nampak kesilapannya sekiranya saya menyemak kembali kitab Ihya’. Tidak. Saya temukan sebaliknya. Malah saya tetap dengan keyakinan saya bahawa memang wujud hadis dha’if dan maudhu’ dalam Ihya’. Pengarang sebenarnya cuba bermain dengan psikologi pembaca.
Beliau mendakwa, Imam al-Ghazali telah memberikan penekanan kepada ilmu hadis sebelum menulis beberapa karyanya. Beliau juga telah mengkaji Shahih al-Bukhari dan Muslim. Hadis-hadis Ihya’ banyak dipetik daripada dua kitab agung tersebut. Kata-kata pengarang benar tetapi salah. Benar apabila mengatakan Imam al-Ghazali telah memberikan penekanan kepada ilmu hadis sebelum menulis beberapa karyanya. ‘Beberapa’ bermakna kurang dari sepuluh. Saya juga berkeyakinan bahawa Imam al-Ghazali mula mempelajari hadis secara mendalam ketika menjelang akhir usianya. Mungkin itulah beberapa kitab yang dimaksudkan oleh pengarang.
Seterusnya, tidak menjadi isu sama ada Imam al-Ghazali mengkaji Shahih al-Bukhari dan Muslim atau tidak. Para ulama kebanyakannya membaca kedua kitab penting ini kerana sumber utama hadis Ahli Sunnah dalam dua kitab tersebut. Tidak mengetahui hadis-hadis di dalamnya satu keaiban bagi seorang ulama. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika banyak hadis dalam Shahih al-Bukhari dan Muslim dipetik ke dalam Ihya’. Yang menjadi masalahnya, hadis-hadis yang tidak terdapat dalam dua kitab tadi, tidak juga dalam Muwaththa’ Malik, Musnad Ahmad, Mustadrak al-Hakim, dan ratusan kitab yang lain atau ada tetapi dha’if atau maudhu’.
Kelapan, pengarang masih belum puas. Ia menambah lagi;
Ada beberapa hal yang membuktikan bahwa kredibilitas beliau dalam ilmu hadits tak perlu diragukan lagi.
Banyaknya hadits-hadits yang termaktub dalam kitab Ihya (4848) adalah bukti bahwa Al-Ghazali benar-benar mendalami ilmu hadits dan banyak membaca kitab-kitab hadits. Pengumpulan hadits dalam jumlah sebanyak itu dalam satu kitab tidak mungkin dilakukan kecuali oleh seorang yang benar-benar melakukan kajian yang mendalam dalam bidang tersebut. Sebagai catatan, Imam Ibnu Majah dalam musnadnya mengumpulkan 4341 hadits. Sedangkan Imam Abu Dawud meriwayatkan 5274 hadits.
Pengarang kali ini membawa dalil yang tidak masuk akal. Katanya, kewujudan banyak hadis dalam Ihya’ bukti kedalaman ilmu hadis Imam al-Ghazali. Pengarang takjub, bagaimana Imam al-Ghazali dapat mengumpulkan terlalu banyak hadis dalam Ihya’ sekiranya beliau tidak melakukan kajian yang rapi. Beliau melakukan kerja yang tidak munasabah apabila membandingkan jumlah hadis dalam Ihya’ dengan hadis-hadis dalam Sunan Abu Dawud dan Sunan Ibnu Majah yang ia panggil ‘musnad’. Satu bukti kedangkalan ilmunya dalam bidang hadis.
Untuk mendapatkan jumlah hadis yang begitu banyak untuk dikumpulkan ke dalam satu kitab tidaklah susah. Sebelum Imam al-Ghazali, ramai ulama yang mengarang kitab. Ada kitab khusus menyatukan hadis-hadis baik mengikut bab, nama sahabat, nama guru, dan sebagainya. Ada kitab tafsir menghimpunkan riwayat-riwayat berkaitan sesuatu ayat. Ada kitab akhlak dan tasawuf yang mengumpulkan hadis-hadis dalam masalah-masalah tertentu. Mudah sahaja. Yang susahnya, mengenal pasti mana hadis yang sahih mana hadis yang dha’if. Perkara ini hanya dilakukan oleh para ulama hadis.
Saya ingin menyentuh sikap pengarang seolah-olah melecehkan Sunan Abu Dawud dan Ibnu Majah dengan menganggap kedua-dua imam besar hadis tersebut tidak berupaya menghimpun lebih banyak hadis dalam sunan mereka sehingga lebih kurang sama dengan bilangan hadis kumpulan Imam al-Ghazali. Penilaian ini bukan daripada orang yang tahu ilmu hadis. Sebabnya, orang yang tahu hadis akan tahu sebab dan tujuan seseorang itu menyusun kitab, jumlah hadis yang dihafal oleh mereka, mengapa hanya mengumpulkan sejumlah itu sahaja hadis dalam sesebuah kitab, dan sebagainya.
Kesembilan, kata pengarang;
Al-Ghazali menuangkan hasil penelitiannya terhadap ilmu hadits dalam kitab Al Manqul min Ta’liqatil Ushul. Dalam kitab tersebut Imam Ghazali membagi ilmu hadits dalam tiga bagian :
* Ilmu riwayah (ilmu tentang penyampaian hadits)
* Ilmu dirayah (ilmu penelitian hadits)
* Ilmu dirasat ma’ani hadits (ilmu tentang pemahaman makna-makna hadits) tentang hadits-hadits yang berhubungan dengan akhlaq, akidah dan hukum.
Sekali lagi pengarang tidak mampu membenarkan dakwaannya dengan hujah yang tepat. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, Imam al-Ghazali seorang ulama ushul fiqh. Asas-asas ilmu hadis ada dibincangkan dalam ilmu tersebut. Dapat membahagikan ilmu hadis kepada tiga seperti yang disebut oleh pengarang bukanlah hujah dalam mengatakan Imam al-Ghazali pakar hadis sehingga kitab Ihya’nya bebas daripada hadis-hadis maudhu’. Lagipun, tidak mustahil Imam al-Ghazali menerima pembahagian ini daripada guru-gurunya sekali gus menepis dakwaan pengarang dari akarnya.
Suka saya menyebut, mempelajari hadis dalam ilmu ushul fiqh seperti mempelajari tafsir dengan ilmu fiqh. Hasilnya, pengenalan-pengenalan asas berkenaan hadis dan tafsir. Untuk mahir dalam kedua-dua ilmu tersebut, tidak mesti tidak perlu mempelajarinya secara khusus.
Dalam ilmu ushul fiqh, diterangkan apakah itu hadis, takrif sahih, pembahagian hadis dha’if, dan kehujahan hadis maudhu’, dan sebagainya. Hanya asas. Untuk menyaring antara hadis sahih dengan hadis dha’if, seorang ulama perlu mempelajari kitab-kitab mushthalah hadis, kitab rijal, dan kitab-kitab matan hadis itu sendiri. Tidak boleh berpada dengan ilmu ushul fiqh dan kitab al-Bukhari dan Muslim.
Kesepuluh, pengarang tidak mahu diam. Ia tetap ingin mengatakan;
Pembahasan Al-Ghazali tentang ilmu dirayah hadits yang tertuang dalam kitab Al Mustashfa. Dalam kitab tersebut Al-Ghazali menerangkan tentang ungkapan-ungkapan yang digunakan para sahabat dalam meriwayatkan hadits, tentang hadits mutawatir, hadits ahad, dan sebagainya.
Beberapa metode sebenarnya telah dilakukan Al-Ghazali dalam meriwayatkan hadits. Pada saat memberikan penjelasan dalam studi ilmu hadits, Al-Ghazali mengatakan bahwa dalam ilmu hadits terdapat beberapa istilah yang perlu dipahami terlebih dahulu, antara lain :
Iqtishar, langkah-langkah untuk menyusun ilmu hadits seperti yang terdapat dalam dua kitab hadits shahih (Bukhari-Muslim)
Jawapan saya sama seperti tadi. Kitab al-Mustashfa kitab ushul fiqh. Ulama-ulama ushul fiqh sama ada pakar atau tidak pakar dalam ilmu hadis mesti mengetahui beberapa asas ilmu hadis termasuklah sebahagian istilah ulama hadis. Pengetahuan Imam al-Ghazali dalam bidang hadis hanya sejauh mana yang terdapat dalam ilmu ushul fiqh. Ya, sekiranya hanya itu sumber beliau menekuni ilmu hadis.
Kesebelas, pengarang berkata;
Sedangkan metode yang digunakan Al-Ghazali dalam mempelajari matan (isi, kandungan hadits) dalam kedua kitab shahih, agaknya mengikuti metodologi wijaadah (pembuktian yang kuat). Ia selalu berupaya untuk mengkonfirmasikan secara intensif dengan para ahli hadits (muhadditsin) yang hidup pada masa itu. Misalnya, ia mempelajari dua kitab hadits shahih dengan teliti, kemudian berupaya mengkonfirmasikan analisa teksnya terhadap hadits tertentu kepada seorang yang ahli dalam matan hadits. Hal ini menguatkan kesimpulan di atas bahwa Al-Ghazali sangat mungkin berusaha untuk berhubungan (confirmed) dan mengambil manfaat dari keberadaan para ulama hadits yang masih ada pada saat itu.
Al-Ghazali mempelajari ilmu hadits dan mengetahui pentingnya metode pengambilan sanad (isnad al hadits) dan metode mendengar (sama’ al hadits) dari para ahli hadits. Dan hadits yang ia buktikan kebenarannya dengan cara wijadah (penguatan) dan mungkin pula dengan ijazah dapat terwujud disebabkan oleh intensitas pertemuannya dengan para ahli hadits dalam sebuah pengembaraan intelektual yang sangat panjang sebelum ia mulai menulis kitab Ihya’ Ulumiddin.
Saya kurang faham apa yang pengarang ingin sampaikan. Secara kasarnya, saya nampak pengarang ingin mengatakan bahawa Imam al-Ghazali menghadiri majlis kitab Shahih al-Bukhari dan Muslim kemudian merujuk maknanya dengan para ulama. Kalau beginilah yang ingin diberitahu oleh pengarang dan kalau benarlah apa yang didakwa, tetap tidak menjadi hujah dalam menyatakan tidak ada hadis maudhu’ dalam Ihya’. Mempelajari Shahih al-Bukhari dan Muslim tidak cukup untuk menjadi alim hadis. Tetapi, saya sangsi menerima dakwaannya bahawa Imam al-Ghazali mempelajari mula menulis Ihya’ setelah selesai mempelajari Shahih al-Bukhari dan Muslim.
Kedua belas, pengarang berkata pula;
Seringkali setelah menyebutkan satu hadits muttafaq alaih, beliau menambahkan beberapa riwayat yang lain. Ini menunjukkan bahwa ia banyak menelaah berbagai riwayat hadits. Dengan kata lain beliau banyak membaca kitab Bukhari Muslim, sama seperti ia juga membaca hadits-hadits lain, sehingga ia sering mengatakan, ‘dalam sebuah hadits lain’, ‘dalam Riwayat lain’, ‘dalam lafadh yang lain’, ‘tertulis dalam banyak lafadh yang berbeda’, itulah yang tertulis dalam banyak khabar’, serta berbagai kalimat yang menunjukkan beliau banyak menelaah kitab-kitab hadits.
Beliau memang menukil hadits dari kitab tasawuf dan fiqh tapi jumlahnya sangatlah sedikit bila dibandingkan dengan hadits yang dinukilnya dari kitab-kitab hadits. Itu pun dilakukanyya setelah mengkaji ulang secara mendalam, sehingga membuahkan keyakinan bahwa tak satupun hadits yang disebutkannya termasuk dalam kategori maudlu’ (palsu). Kajian al Iraqi dan al Murtadha sudah membuktikan kenyataan ini
Menelaah kitab-kitab hadis tidak bermakna boleh membezakan antara riwayat yang sahih dan yang tak sahih. Dengan membaca kitab-kitab hadis, seseorang dapat mengetahui perbezaan antara riwayat dan lafaz hadis tetapi masih memerlukan kepakaran dan kemahiran untuk mengenal pasti darjat kedudukan hadis.
Sebenarnya, pengarang pun bersetuju wujud riwayat yang dipetik daripada kitab tashawwuf dan fiqh dalam Ihya’. Sedikit. Tidak mengapa asalkan ada. Mungkin hadis-hadis yang tidak dapat dikenal pasti sumbernya, berbeza dari lafaz yang masyhur, dan sebagainya itulah riwayat-riwayat yang sedikit itu.
Kemudian, pengarang tidak segan mahupun silu menggunakan nama Imam al-‘Iraqi yang telah memaudhu’kan hadis solat Ragha’ib tadi mengatakan beliau telah membuktikan Ihya’ bebas daripada hadis palsu. Imam al-Zabidi atau digelarnya al-Murtadha sebagaimana yang masyhur di sisi sebahagian umat Islam nama ulama lain yang digunakan untuk membuktikan kesahihan dakwaannya. Imam al-Zabidi telah mengarang catatan ke atas Ihya’ dengan judul Ithaf al-Sadah al-Muttaqin. Dalam kitab ini, beliau telah menemui sumber hadis yang tidak ditemui oleh ulama-ulama terdahulu. Tetapi, yang maudhu’ tetap maudhu’ dan yang dha’if tetap dha’if. Mungkin ada yang naik menjadi hasan atau dha’if sahaja. Tetapi, keterangan ulama-ulama hadis terdahulu bahawa banyak hadis palsu dalam Ihya’ tetap tidak salah dan relevan. Bagaimana boleh Ihya’ bersih daripada hadis palsu sedangkan kitab-kitab besar termasuklah Shahih Muslim ada dimaudhu’kan hadisnya oleh ulama-ulama hadis silam? Adakah Imam al-Ghazali lebih pakar hadis melebihi ulama-ulama hadis itu sendiri? Kecuali, jika pengarang sedia mengubah dakwaannya mengakui bahawa memang wujud hadis maudhu’ dalam Ihya’.
Ketiga belas, pengarang masih cergas melontarkan ideanya;
Perbedaan di kalangan para cendekiawan pun dalam mengomentari hadits-hadits dalam Ihya’, adalah satu bukti, bahwa pemahaman mereka dalam ilmu hadits sangatlah berbeda. Dengan demikian, memvonis bahwa dalam kitab Ihya’ banyak terdapat hadits-hadits palsu serta dipenuhi oleh kebohongan adalah sikap yang terlalu tergesa-gesa dalam mengambil kesimpulan.
Abu Dawud mengatakan, mengutip dari Abu Zar’ah Ar Razy : ”Ada dua puluh ribu pasang mata yang bersama-sama dengan Rasulullah. Tiap pasang meriwayatkan darinya walau hanya satu kata, atau sebuah kalimat tentang beliau SAW. Dan hadits beliau jauh lebih banyak dari itu.” (Al Murtadha, juz I hal 50).
Secara ringkas saya jawab. Masa agak singkat. Perbezaan pendapat dalam memberi hukum ke atas hadis bukanlah hujah dalam mengatakan semua hadis dalam sesebuah kita itu sahih atau kesemua hadisnya maudhu’. Tidak. Jika diikutkan perbezaan pendapat, bolehlah kita semua hadis yang mengharamkan muzik adalah dha’if atau semua hadis tersebut sahih. Jadi, sahih atau tidak? Jawapannya perlukan kepada kajian bukan melepaskan sesuatu hadis dari darjat maudhu’ atau sekurang-kurang dari darjat dha’if disebabkan ada seorang ulama yang menyahihkannya walaupun seratus ulama lain mengatakan maudhu’. Adakah itu maksudnya?! Kalau si pengarang berani menjawab ya, mengapa ulama-ulama besar seperti Imam Ibnu al-Jauzi, al-Nawawi, al-Dzahabi, al-‘Iraqi, dan sebagainya telah memaudhu’kan hadis yang telah dianggap sahih oleh ulama lain? Mengapa?!!
Sekali lagi pengarang menuduh para ulama tergesa-gesa dalam mengambil kesimpulan, kononnya. Imam Ibnu al-Jauzi antara ulama yang dituduh tadi mengatakan: Abu Hamid (al-Ghazali) telah mengarang Ihya’ dan telah memenuhkannya dengan hadis-hadis yang batil. [Al-Dzahabi, Siyar al-A’lam al-Nubala’, al-Maktabah al-Syamilah versi 3.41, jil. 37, hal. 323] Imam al-Thurthusyi, ulama besar mazhab Maliki juga tidak terkecuali kerana ia mengatakan: Abu Hamid telah mengisi Ihya’ dengan pendustaan di atas nama Rasulullah shallahu’alaihiwasallam. Aku tidak tahu ada kitab di atas muka bumi yang lebih banyak pendustaan daripadanya. [Ibid, hal. 314]
Kata-kata Abu Zur’ah al-Razi jikalau sahih pun tidak bermakna hadis dha’if menjadi sahih. Tambahan pula, kalau ada sejuta sahabat pun pada zaman Rasulullah shallahu’alaihiwasallam, baginda tetap seorang. Kata-kata beliau hanya sekadar yang baginda sabdakan. Jika 100 ribu hadis yang terbit daripada diri Rasulullah shallahu’alaihiwasallam pun, 100 ribu tetap 100 ribu. Tidak akan menjadi sejuta dengan kewujudan sejuta sahabat radhiyallahu’anhum. Yang akan menjadi sejuta bahkan lebih hanyalah riwayat. Riwayat berbeza dengan hadis. Hadis yang sama, riwayat yang berbeza. Jika atsar tersebut sahih, ‘hadis’ tersebut pasti maknanya riwayat sebagaimana yang telah dijelaskan.
Keempat belas, pengarang melanjutkan;
Karenanya, ketika Al-Iraqi mentakhrij hadits-hadits Ihya‘ dan merasa asing atas satu riwayat hadits beliau berkata, “Aku belum menemukan dasar pengambilan hadits ini.” Beliau tidak mengatakan “Hadits ini tidak berdasar sama sekali.” Ini cukup memberikan bukti bagi kita, bahwa al Iraqi sendiri sangat berhati-hati dalam mengambil keputusan atas apa yang belum diketahuinya, mengingat banyaknya hadits-hadits Nabi yang mungkin saja periwatannya tidak sampai pada sebagian ahli hadits. Dengan demikian tidak selayaknya kita mengatakan sebuah hadits adalah palsu tanpa bukti-bukti yang memadai.
Itu hanya satu contoh. Contoh Imam al-‘Iraqi memaudhu’kan hadis-hadis Ihya’ secara langsung atau melalui perantaraan kata-kata ulama lain atau dengan menyebutnya batil la ashla lahu di mana? Jawapan tentang la ashla lahu yang digunakan oleh sebahagian ulama seperti al-‘Iraqi telah dijawab dengan memahami manhaj mereka.
Ya, tanpa bukti yang memadai. Kehilangan hadis tersebut daripada dunia Islam sehingga muncul dalam sela-sela kitab tasawuf Imam al-Ghazali belum memadai bagi pengarang untuk memaudhu’kan hadisnya. Barangkali pengarang belum mendengar hadis sahih berbunyi:
يَكُونُ فِى آخِرِ الزَّمَانِ دَجَّالُونَ كَذَّابُونَ يَأْتُونَكُمْ مِنَ الأَحَادِيثِ بِمَا لَمْ تَسْمَعُوا أَنْتُمْ وَلاَ آبَاؤُكُمْ فَإِيَّاكُمْ وَإِيَّاهُمْ لاَ يُضِلُّونَكُمْ وَلاَ يَفْتِنُونَكُمْ
Akan muncul dajal-dajal pendusta pada akhir zaman nanti yang datang kepada kalian membawa hadis-hadis yang tidak pernah engkau dan bapa kalian dengar sebelumnya; berhati-hatilah dengan mereka. Jangan sampai mereka menyesatkan atau mempengaruhi kalian [Muslim dalam mukadimahnya, no. 16].
Kelima belas, pengarang berkata lagi;
Al-Ghazali menuliskan hadits-hadits dalam kitab Ihya’ yang ia kutip dari berbagai kitab hadits dan kitab-kitab lainnya, seperti kitab tasawwuf dan fiqih, dengan keyakinan bahwa derajat hadits-hadits tersebut tidaklah sama, ada shahih, hasan ataupun dha’if. Tentu saja keyakinan itu ia dapatkan setelah melihat berbagai pendapat para ulama’ hadits dan para ulama’ lainnya yang juga mengetahui banyak hal dalam ilmu-hadits, seperti Syaikh Abu Thalib Al-Makki. Ia mengkaji pendapat-pendapat mereka dan mempertimbangkannya ketika akan menukil berbagai hadits ke dalam karya-karyanya, termasuk Ihya’ Ulumiddin.
Ya, tidak dinafikan bahawa Imam al-Ghazali mengetahui bahawa hadis-hadis dalam kitab-kitab berbeza-beza darjatnya. Sebabnya seperti yang pengarang telah sebutkan. Beliau mengarang bab khusus berkenaan hadis dalam kitab-kitab ushul fiqh beliau. Sudah tentu beliau tahu perkara itu. Ini tidak dinafikan.
Kata-katanya bahawa pengetahuan itu diperoleh oleh Imam a-Ghazali setelah mendapatkan pendapat-pendapat ulama hadis tentang hadis-hadis seperti Imam Abu Thalib al-Makki sebenarnya hujah menyanggahnya yang mengatakan Imam al-Ghazali adalah Hujjah al-Islam yang bermakna ulama yang menghafal lebih daripada 300 ribu hadis dan mahir selok-belok ilmu hadis. Sebabnya, kata-kata pengarang memberi maksud seolah-olah Imam al-Ghazali tidak tahu tentang status sesuatu hadis sehingga terpaksa bertanya ulama-ulama hadis tentangnya.
Kemudian, katanya Imam al-Ghazali mengkaji pendapat-pendapat ulama tadi ketika menukilkan hadis dalam kitab-kitabnya. Tidak ada bukti menunjukkan perkara ini.
Lebih dari itu, Al-Ghazali juga sangat yakin bahwa mengarang hadits palsu dalam hal-hal yang berhubungan dengan keutamaan ibadah adalah perbuatan maksiat. Beliau berkata, ”Ada sebagian orang berasumsi bahwa boleh saja mengarang-ngarang sebuah hadits, bila itu digunakan dalam pembahasan keutamaan amal, ibadah, dan ancaman terhadap kemaksiatan. Mereka beralasan dengan tujuan yang baik, akan tetapi ini adalah asumsi yang salah karena Nabi SAW bersabda, ”Barangsiapa dengan sengaja berbohong atas namaku, maka kelak ia akan mendapatkan tempatnya di neraka” (Ihya’, juz 3 hal. 136). Al Iraqi berkata bahwa hadits ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari berbagai jalur periwayatan.
Jika kenyataannya memang seperti itu, maka tidaklah masuk akal, bila Al-Ghazali dengan sengaja menyebut hadits palsu atau meragukan dalam karyanya, karena ia akan termasuk kelompok yang dimaksud oleh Rasulullah dalam hadits di atas. Hal ini sangat dijauhi oleh Al-Ghazali
Imam al-Ghazali memang tahu bahawa meriwayatkan hadis maudhu’ adalah satu jenayah salah dan dosa besar. Sebab itu, beliau sendiri mengatakan ketika menjelaskan perbuatan bermudah-mudah mentakwil nas: dan sesiapa yang mengharuskan takwilan seperti ini dari kalangan orang-orang yang celaka walaupun mereka tahu bahawa itu bukan takwilannya yang sebenar dan mendakwa mereka melakukannya dengan tujuan menyeru makhluk kepada pencipta samalah seperti orang yang mengharuskan penipuan dan rekaan ke atas Rasulullah shallahu’alaihiwasallam yang memang benar tetapi tidak pernah disebut oleh syarak seperti orang yang mereka-reka hadis dalam setiap masalah yang ia lihat benar daripada Nabi shallahu’alaihiwasallam. Itu adalah satu kezaliman dan termasuk dalam amaran yang dapat difahami daripada sabda baginda shallahu’alaihiwasallam “sesiapa berdusta dengan namaku dengan sengaja, siapkan tempat duduk dalam neraka.” [Ihya’, ibid, jil. 1, hal. 62]
Kemudian, apa yang dinukilkan oleh pengarang menguatkan keyakinan bahawa Imam al-Ghazali benar-benar tahu akan kesalahan meriwayatkan hadis maudhu’. Akan tetapi, mengapa tetap ada hadis-hadis maudhu’ dalam Ihya? Adakah Imam al-Ghazali seorang yang munafik sehingga tetap sahaja meriwayatkan hadis maudhu’ walaupun tahu akan kesalahannya? Tidak! Imam al-Ghazali seorang ulama yang agung. Tentu sahaja beliau secara tidak sengaja melakukan perkara tersebut. Alasan yang boleh diterima hanya satu, Imam al-Ghazali tidak mengetahui kepalsuan sesuatu hadis maudhu’ itu.
Imam Ibnu al-Jauzi, pengarang Daf’ Syubah al-Tasybih, Talbis al-Iblis, dan al-Maudhu’at yang terkenal kepakarannya dalam ilmu hadis telah mengatakan hal ini. Katanya: maka ketahuilah bahawa di dalam kitab Ihya’ ada penyakit yang tidak diketahui kecuali oleh ulama. Paling kurangnya kedapatan hadis-hadis yang batil lagi maudhu’. Hadis mauquf dijadikannya marfu’. Tetapi beliau hanya menukilkannya sebagaimana yang ia dapati bukan kerana beliau sengaja mereka-rekanya. Tidak boleh berta’abbud dengan hadis mau’dhu’ atau terpengaruh dengan lafaz yang direka. [Dar al-Da’wah, cet. 1426 H, hal. 8]
Tiba-tiba datang pengarang menyanggah Imam Ibnu al-Jauzi dengan mengatakan: tidak ada satu hadis pun dalam Ihya’ yang maudhu’!
Untuk menambahkan kekuatan dakwaan kami, ketahuilah bahawa Imam al-Ghazali kerap meriwayatkan hadis-hadis dha’if sama ada dha’if yang ringan atau dha’if jiddan dengan sighah jazm iaitu menyandarkannya kepada Rasulullah shallahu’alaihiwasallam secara putus. Contohnya, ‘Rasulullah shallahu’alaihiwasallam bersabda’. Antara syarat menggunakan hadis dha’if adalah tidak menyandarkannya kepada baginda dengan sighah jazm tetapi dengan sighah lain yang lebih berhati-hati seperti ‘ada diriwayatkan bahawa Rasulullah shallahu’alaihiwasallam bersabda’. Memang Imam al-Ghazali banyak kali juga mengisyaratkan kelemahan sesuatu hadis dengan menyebut ‘diriwayatkan’ atau ‘dikatakan’ tetapi tidak bermakna beliau pakar dalam bidang hadis tetapi bahawa beliau kadang-kadang tahu sesuatu hadis itu tidak sahih seperti orang awam yang tidak belajar hadis tahu beberapa hadis dha’if dari pengajaran guru-gurunya tetapi tidak semua hadis dha’if dapat dicam olehnya.
Barangkali Imam al-Ghazali bertaklid kepada ulama-ulama lain dalam mengetahui darjat sesuatu hadis. Sekiranya ulama yang beliau yakini meriwayatkannya dengan sighah jazm sama ada dengan sanad atau tidak, beliau pun menganggap hadis tersebut telah disahihkan. Sekiranya ulama menyebutnya dengan sighah yang menunjukkan kedha’ifannya, beliau pun menyebutnya dengan sighah tersebut. Perkara ini lazim berlaku kepada orang awam seperti kita. Apabila pak kiai menyebut ‘Rasulullah shallahu’alaihiwasallam bersabda’ kita pun menganggap hadis tersebut benar-benar sahih dan seumpamanya.
Selain itu, Imam al-Ghazali juga telah menggunakan hadis dha’if dan maudhu’ dalam masalah hukum-hakam. Sebagaimana yang telah kita ketahui, hanya hadis sahih atau hasan dapat digunakan dalam masalah hukum-hakam. Hadis dha’if dan maudhu’ tidak boleh digunakan sebagai hujah dalam apa-apa masalah agama. Yang dibenarkan hanyalah sebagai menguatkan nas-nas lain. Contohnya, nas-nas kelebihan solat telah sabit dalam al-Quran dan hadis. Pada ketika ini, hadis-hadis dha’if yang berkisar tentang kelebihan solat boleh dinyatakan sebagai menyatakan fadilat dan kelebihan. Tidak boleh mewajibkan, menyunatkan, atau melarang sesuatu disebabkan hadis dha’if. Ini kaedah asas hadis tetapi Imam al-Ghazali telah melanggarnya tanpa sengaja. Inilah bukti bahawa beliau tidak tahu banyak tentang hadis dan ilmu hadis.
Akhirnya, pengarang mengatakan;
Sikap yang cenderung tergesa-gesa dari para pengritik Al-Ghazali di atas sebetulnya bisa dipahami sebagai akibat dari sikap antipati berlebihan dan tidak menerima secara lapang ketika sedang melakukan riset dan kajian dengan tujuan mencari kebenaran terhadap karya-karya Al-Ghazali, terutama Ihya’. Oleh karena itulah, mereka tidak bisa melakukan studi kritis yang benar, ilmiah dan objektif. Sehingga tanpa mereka sadari, mereka sudah terjebak sejak awal dalam kesalahan yang tidak semestinya terjadi ketika memberikan penilaian.
Sedangkan para ulama dan ahli hadis yang bersikap arif dalam menilai hadits-hadits dalam kitab Ihya’ bisa dikatakan sikap tersebut merupakan hasil dari sebuah niat yang memang benar-benar tulus untuk mencari kebenaran semata, bukan sekedar subjektivitas, karena itu pula mereka berkenan mengkaji Ihya’ dengan hadits-hadits di dalamnya, melalui kajian yang benar, jujur dan objektif. Sehingga mereka mampu menuliskannya dalam karya-karya ilmiah mereka yang bermutu. Di antara mereka yang bersikap seperti ini adalah Al-Iraqi dan Al-Murtadla. Keduanya telah bekerja keras dan serius ketika melakukan riset ilmiah dan studi kritis untuk mengetahui dan membuktikan hakekat hadits-hadits dalam Ihya’, sehingga mereka tidak terjerembab dalam kesalahan yang fatal. Masun Said Alwy.
Apa-apa pun, telah nyata bahawa dakwaan bahawa tidak ada hadis maudhu’ dalam Ihya’ tertolak. Kedua, dakwaannya bahawa Imam al-Ghazali pakar dalam ilmu hadis sehingga mampu membezakan antara hadis sahih dengan yang dha’if juga tertolak. Kedua-dua dakwaan ini tertolak dengan fakta dan logik akal dengan sokongan menerusi keterangan para ulama zaman-berzaman. Juga dibantu dengan pengakuannya sendiri.
Secara jujurnya saya juga mengaku bahawa hadis-hadis dalam Ihya’ perlu disemak semula. Satu kajian khusus perlu dilakukan untuk mengkaji metodologi Imam al-Ghazali dalam menukilkan riwayat dalam Ihya’. Berkemungkinan dengan kemunculan semula banyak kitab-kitab yang sukar didapati sebelum ini secara meluas sekarang di perkembangan teknologi yang banyak membantu perkembangan ilmu-ilmu Islam, banyak hadis yang didha’ifkan dalam Ihya’ menjadi sahih dan banyak hadis la ashla lahu menjadi lahu ashl.
Walau bagaimanapun, dua penegasan saya sebelum ini tetap saya pertahankan dan tidak berganjak kerana itulah kenyataan yang sabit berdasarkan bukti-bukti yang kukuh. Mungkin selepas ini kita boleh mengatakan ‘hanya sedikit hadis dha’if dan la ashla lahu’ dalam Ihya’ tetapi tidak sekali-kali kita dapat mengatakan seperti yang pengarang sebutkan ‘tidak ada satu pun dalam Ihya’ hadis palsu atau maudhu’.
Demi Allah, saya bersumpah bahawa dakwaan tersebut palsu.
Khususnya kepada pengarang, saya ucapkan terima kasih kerana telah berusaha untuk berkhidmat kepada agama Allah. Cuma, saya nasihatkan, berusahalah mempelajari ilmu-ilmu agama yang luas ini sebelum bercakap tentang agama. Itu juga nasihat saya kepada sahabat-sahabat Facebook saya.
Semoga amalan-amalan kita diterima Allah. Semoga amalan-amalan kita dibersihkan daripada takbur dan riya’. Tidak ada antara dua pihak yang bertelagah membuktikan kepandaian melainkan Allahlah yang lebih hebat. Sesungguhnya Dialah yang maha mengetahui.
Wassalam.

