Selasa, 12 Mei 2020

Kesumat

Daripada cinta teramat,
Menjadi dendam kesumat.

Rabu, 8 April 2020

Kujadi Bintang

"diri ini kauhalau,
ke laut kujadi pulau,
(tempat singgahmu
tika angin lintang.)

diri ini kaubuang,
ke langit kujadi bintang,
(tempat pandangmu,
bila gelap datang.)"

Isnin, 10 Februari 2020

Berkendera


Dan aku tertanya-tanya
Dengan apakah aku berkendera
Adakah ia sebuah kereta
Atau sebenarnya sebuah keranda?

Jumaat, 17 Januari 2020

Pergilah

Jika mahu, engkau boleh berlari
Lalu aku mengejarmu dalam mimpi-mimpimu
Jika mahu, engkau boleh bersembunyi
Namun aku akan mengekorimu dengan doa-doaku.