Jalan Ini
Inilah jalan yang kupilih untuk kulalui menuju cita-cita hidupku
Jumaat, 14 Februari 2014
Datang Lagi
Malam ini
Aku datang lagi
Membawa hati separuh mati
Oleh karenah penghuni bumi
Jahil akan pelajaran budi.
Esok nanti
Aku janji ke mari lagi
Jua dengan hati ini
Hanya tidak berapa pasti
Tetapkah aku hidup begini.
Merajuk
Usah dirujuk
Hati yang dihantuk
Kerana hati yang sudah remuk
Tidak mudah ditawan pujuk.
Usah diketuk
Hati yang ditumbuk
Kerana hati yang sudah sejuk
Akan tertutup sezaman suntuk.
Usah dipeluk
Hati yang disampuk
Kerana hari yang sudah bengkok
Tidak lagi dapat dibentuk.
Kampung Kedai Buloh, Kota Bharu,
13/02/14.
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan:
Catatan (Atom)