![]() |
| Laga; Antara Nafsu Ismail Yaacob, Kelurusan Wan Hanafi, Kebodohan Marsha, dan Kejahilan LPF. |
Terbaca akhbar Berita
Harian bertarikh 18 November 2013, muka hadapan sisipan BH Hip,
terpampang artikel bertajuk ‘Seks Pelaris Laga’. Difahamkan dalam rencana
tersebut, sebuah filem tempatan, Laga yang akan ditayangkan tidak lama
lagi akan memaparkan adegan lucah antara Marsha Milan Londoh (Ayu) bersama Wan
Hanafi Su (Hassan Laga). Babak ranjang tersebut walau bagaimanapun, menurut
pengarahnya, Ismail Yaacob ‘bukanlah adegan seks keterlaluan kerana apa yang dipaparkan
menunjukkan suami isteri sedang berurut’. Selain itu, Lembaga Penapisan Filem
(LPF) meluluskan penayangan babak tersebut. Reaksi Marsha pula mengejutkan,
beliau mengatakan:
“Saya tak anggap diri saya sebagai bahan eksploitasi. Babak itupun tidaklah sepanas mana"
Berita ini amat
menyedihkan kerana agama rasmi Malaysia, Islam sebagaimana yang difahami umum
mengharamkan lakonan yang melibatkan pendedahan aurat dan aksi-aksi ranjang.
Alasan Ismail Yaacob bahawa babak yang dimasukkan itu bukan adegan seks
keterlaluan adalah alasan yang bodoh. Walaupun tidak keterlaluan, babak paparan
tetap berbaur lucah dan menggiurkan. Adakah pada benak Ismail Yaacob, hanya
adegan seks yang keterlaluan perlu dilarang? Bagaimanakah Ismail Yaacob
membuat pertimbangan sebegini bebal sedangkan agamanya adalah Islam yang
jelas-jelas menolak zina dan punca-puncanya, demikian juga adat budaya
masyarakat negerinya, Kedah Darul Aman? Nah, barangkali Ismail Yaacob suka
kalau isterinya sendiri melakonkan adegan tersebut!
Kedua, kenyataan beliau
bahawa babak tersebut sekadar lakonan pula mendedahkan kejahilannya bahawa
lakonan atau tidak pada hakikatnya sama sahaja kerana Marsha dan Wan Hanafi
bukan pasangan suami isteri yang sah. Sekiranya mereka berdua pasangan yang sah
sekali pun, aksi-aksi ranjang tidak boleh dipertontonkan di hadapan umum.
Tetapi, masalah yang lebih besar, Marsha dan Wan Hanafi bukan suami isteri.
Jadi, yang dipaparkan bukan menunjukkan suami isteri sedang berurut menurut
kenyataan Ismail Yaacob tetapi menunjukkan seorang anak dara sedang melakukan
maksiat dengan seorang lelaki.
Tentang reaksi Marsha,
reaksi tersebut tidaklah terlalu memeranjatkan apabila mengetahui bahawa beliau
beragama Kristian. Sebagai seorang penganut agama Kristian yang sudah
diselewengkan, bertelanjang bulat atau melakukan seks secara terbuka bukan satu
kesalahan. Mereka tidak tahu malu. Mereka bukan manusia lagi. Cuma, Marsha
patut sedar bahawa wanita pada hari ini sering kali dijadikan hamba seks kaum lelaki terutamanya melalui ruang yang dinamakan pentas seni. Ini tentunya
bukan sejenis eksploitasi kerana mereka sendiri menyukainya. Sama seperti video-video lucah (adult video), pelakon-pelakon yang mengorbankan maruahnya dengan memdedahkan kemaluan di hadapan krew-krew dan penonton tidak menganggapnya sejenis eksploitasi malah simbiosis. Wanita menjual tubuhnya dan lelaki akan membayarnya. Tidak wujud ekspoitasi. Ismail Yaacob menyuruh Marsha berlakon keji dan beliau membayarkan dengan sejumlah wang.
Tujuan Ismail Yaacob yang sebenar sama ada untuk melariskan filemnya atau sebab-sebab lain seperti 'mencuci mata' dan mendedahkan 'pekung di dada' tidak diketahui secara pasti. Tetapi, sebelum ini, Nina Juren dan Diana Rafar masing-masing pernah diarahkan oleh Ismail Yaacob berlakon lucah dan seksi dalam Lenjan dan Nenek Kebaya. Ini seperti alamat yang menunjukkan Ismail Yaacob seorang kaki perempuan. Entah siapa pula yang akan menjadi mangsa Ismail Yaacob selepas ini. Cuma, bagi Marsha yang sudah tentunya mendapat habuan yang besar daripada kerja yang cukup senonoh ini, semua ini tetap bukan eksploitasi. Tetapi, seorang anak seni, Amir Muhammad, pengarah filem Susuk sebelum ini ada berterus terang mengatakan secara berseloroh:
Tergamak Wan Hanafi, seorang Muslim melakonkan babak panas bersama anak dara orang. Usianya sudah mencapai 60-an tetapi masih boleh berdalih melakukan maksiat dengan alasan berlakon. Tidak ubah seperti laporan-laporan akhbar tentang sumbang mahram antara seorang atuk dengan cucu. Kononnya:

Sudah tentu filem Laga turut melakukan aktiviti perniagaan ini. Kasihan Marsha, Nina, dan Diana, mereka tidak tahu hakikat ini, tetapi kami sebagai jantan lebih tahu. Amir memang bercakap benar sungguhpun beliau sendiri seorang yang bermoral rendah kerana terlibat dalam pemerdagangan wanita melalui filem kontroversinya, Susuk.“Semua filem menjual wanita dan rasanya semua filem yang menjual wanita akan berjaya.”
Tergamak Wan Hanafi, seorang Muslim melakonkan babak panas bersama anak dara orang. Usianya sudah mencapai 60-an tetapi masih boleh berdalih melakukan maksiat dengan alasan berlakon. Tidak ubah seperti laporan-laporan akhbar tentang sumbang mahram antara seorang atuk dengan cucu. Kononnya:
"Babak itu bersifat mendidik bukannya nampak seperti filem porno."Ini cuma alasan budak-budak. Matlamat tidak menghalalkan cara. Mendidik kononnya bukan alasan menghalalkan aksi lucah. Selagi imej yang dipaparkan adalah lucah, selagi itulah babak berkenaan diharamkan agama, undang-undang, dan akal yang waras. Malah, di luar babak tersebut pun, perbuatan Marsha berkemban sudah cukup menjadikan filem tersebut sebagai filem erotik. Namun sayangnya, Wan Hanafi tidak reti semua itu malah menurutnya, keluarga beliau yang amat memahami kerjayanya sebagai pelakon menerimanya dengan baik. Nampaknya, Wan Hanafi memiliki keluarga yang dayus. Boleh jadi, Wan Hanafi sendiri seorang dayus dan baginya tidak salah pun kalau isterinya berlakon sebegitu rupa dengan lelaki lain.
Agak mengecewakan, LPF
meluluskan filem ini sedangkan filem ini bertentangan dengan kesopanan
masyarakat Timur. Kalau pada hari ini filem keji ini diluluskan, bagaimana
agaknya sepuluh tahun lagi. Mungkin LPF berfikiran pendek, tidak memandang
jauh ke hadapan. Mungkin juga bagi LPF, hanya kemaluan, tetek perempuan, dan adegan seks yang dianggap sebagai lucah. Selagi menutup kemaluan dan tetek serta bukan babak seks yang jelas, babak tersebut boleh diluluskan walaupun wanita hanya berkemban atau bercoli dan
lelaki bersama perempuan seksi di atas katil. Sebab itulah, banyak filem yang memasukkan unsur-unsur berkenaan diluluskan oleh LPF. Oleh
yang demikian, agama dan bangsa ahli-ahli jawatankuasa LPF diragui. Kalau beragama Islam, pasti mereka tahu bahawa mereka akan
menanggung semua dosa penonton yang menonton filem yang diluluskan dan kalau berbangsa Melayu, pasti mereka memahami adat budaya tempatan dan memiliki perasaan malu.
Buat akhirnya, haruslah direnungi
prinsip pertama dan kelima Rukun Negara. Pertama, kepercayaan kepada Tuhan. Kedua,
kesopanan dan kesusilaan. Membenarkan Laga ditayangkan - tanpa babak
panas tersebut pun - bermakna melanggar dua prinsip ini. Sebagai rakyat Malaysia tidak
kira apa jua bangsa dan agama, setiap warganegara Malaysia wajib menolak anasir-anasir
lucah yang ingin diserap masuk ke dalam pemikiran masyarakat Malaysia yang bertamadun
tinggi.
Malaysia sedang menanti fatwa jabatan-jabatan agama negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tentang filem-filem yang berbaur lucah seperti ini. Adapun secara peribadinya, saya, al-Kutawi menolak semua jenis filem yang melibatkan lakonan wanita. Lihat, artikel 'Hukum Wanita Belakon'.
Rujukan:
Berita Harian; 18 November 2013; BH Hip,‘Seks Pelaris Laga’
http://cinemamalaysia.com.my/article/read/Kosmo/Filem_yang_menjual_wanita_1025
http://cinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Laga_1150
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SekspelarisLaga/Article/