Khamis, 23 Februari 2012

Kenyataan Berkenaan Qasidah

Saya mendengar bahawa ada suara-suara mengatakan saya mengatakan qasidah adalah syirik. Sebenarnya, qasidah secara zatnya adalah HARUS. Akan tetapi, terdapat unsur-unsur ghuluww dengan menyifatkan Rasulullah shallallahu'alahiwasallam dengan sifat-sifat ketuhanan dalam sesetengah qasidah seperti dalam qasidah al-Bushiri. Perkara ini memang sepatutnya diingkari. Selain itu, bacaan qasidah tidak harus disertakan dengan paluan kompang ataupun gendang kerana kedua-dua alat muzik itu adalah HARAM di sisi mazhab Syafi'i dan jumhur fuqaha'. Sepatutnya sebarang majlis umum perlu meraikan khilaf dengan mengadakan pengisian-pengisian yang disepakati oleh semua hadirin; bukan memaksa orang lain mengikuti mana-mana pendapat. Wallahu'alam.

4 ulasan:

  1. Sila rujuk: http://alkutawi.blogspot.com/2012/04/hukum-kompang-mengikut-mazhab-syafii.htmlp untuk sedkit pembetulan fakta. Wallahua'lam.

    BalasPadam
  2. kompang dan gendang adalah haram?? mabuk ka? setelah sekian lama muzik2 kearah islamic di temani paluan gendang dan kompang. pengalaman belajar fiqh ul ibadat, ada menyatakan kompang atau gendang adalah harus, selagi mana terbuka satu sisi dan tidak bertutup kedua2 sisi. tetapi pendapat ulamak kontemporari menyatakan gendang yg bertutup kdua2 sisi masih boleh digunakan dan tidak melanggar hukum islam. ulamak kontemporari juga menyatakan tentang alat muzik bertali boleh digunakan selagi mana muzik yg terhasil tidak melalaikan pemuzik atau pendengar. janganlah menyalah gunakan hukum untuk menghalang orang lain buat apa yg kamu tidak suka. kalau tak suka dengan fenomena qasidah jangan terlibat, jangan lah menghalang. terima kasih.

    BalasPadam
  3. tolong kemukakan bukti bergambar atau bertulis tentang hukum kompang kekal haram jika tidak bersabitkan sabab musabbab yg dtrima syarak. tolong senaraikan bersama senarai rujukan. terima kasih.

    BalasPadam
  4. Sudah saya sebutkan: Sila rujuk: http://alkutawi.blogspot.com/2012/04/hukum-kompang-mengikut-mazhab-syafii.htmlp untuk sedkit pembetulan fakta. Wallahua'lam.

    Mohon baca dan jangan isti'jal dan tasarru' dalam membuat penilaian.

    Saudara juga boleh baca kitab Ahkam al-Duff fi al-Fiqh al-Islami, tesis sarjana oleh Maryam bt. Wali Ahmad dari Arab Saudi untuk keterangan lanjut.

    Boleh juga baca risalah saya dalam bahasa Arab, melalui pautan ini: http://archive.org/download/alkutawi_01_yahoo_201302/%D8%AA%D8%AE%D8%B1%D9%8A%D8%AC%20%D8%A5%D8%AB%D8%A8%D8%A7%D8%AA%20%D8%AA%D8%AD%D8%B1%D9%8A%D9%85%20%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%B9%D8%A7%D8%B2%D9%81.pdf

    Khilaf bukan hujah dalam agama. Hujah adalah al-Quran, hadis, ijmak, dan qiyas - serta adillah mukhtalaf fi-ha yang lain.

    Wallahualam.

    BalasPadam