Mendengar dari kejauhan
Cerita senang kawan-kawan
Separuh bakal bergelar sarjana
Selebihnya berjaya dengan kerjaya.
Sedang diri tertambat di kandang
Seekor singa telah kecundang
Jiwa raga di syarikat *******
Menikmati derita bersama warganya.
Maafkan papa wahai anak-anak
Atas baju singkat dan seluar koyak
Maafkan abang wahai sayang
Hidup kita tak sesenang orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan