Rabu, 4 Disember 2019

Belajar dari Bunga Plastik

Ketika aku menghadiahkanmu bunga plastik, engkau berkata, “orang lain bagi hadiah bunga hidup.” Aku diam, kemudian menjawab, “sebenarnya, saya sengaja memberikan bunga plastik.” “Kenapa?” engkau bertanya. Jawabku, “saya harap cinta kita seperti bunga. Bunga yang hidup akhirnya akan mati, sedangkan bunga yang saya beri, tidak akan layu apalagi mati.”

Engkau tersenyum, namun aku cepat-cepat mengusikmu dengan berkata, “tetapi walaupun tidak akan mati, bunga plastik tidak pernah hidup. Ia hanya plastik yang digubah menjadi bunga.” Senyumanmu tiba-tiba hilang dan berganti kehairanan. Aku menyambung, “dan dari situ, saya ingin mengajar bahawa hakikat cinta makhluk sesama makhluk adalah cinta yang palsu.”

“Bunga plastik adalah plastik, tetapi kecantikannya membuat kita melupakan hakikatnya. Hanya apabila rosak atau terkoyak baru kita sedar bahawa ia hanyalah plastik. Kita lantas membuangnya – seperti sampah. Begitulah cinta sesama manusia. Semasa masih muda dan cantik, ramai lelaki datang mahu menyunting. Setelah tua dan hodoh, semua meninggalkannya.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan