Banyak sungguh penyakit umat Islam pada hari ini. Tetapi, benda ini tidak pelik. Di Mesir dan Jordan sendiri, bersepah ustaz-ustaz yang sakit. Bukan sakit biasa, malah gila. Gilakan perempuan, hiburan, dan bola sepak. Tenat. Langsung berbeza dengan keadaan ustaz-ustaz pada zaman dahulu kala yang sihat-sihat.
Benarlah kiranya kata-kata yang diriwayatkan oleh Ibnu Wadhdhah dengan sanad yang terdapat seorang rawi yang tidak dipastikan daripada sahabat yang mulia, Abu al-Darda’ radhiyallahu’anhu:
Kalaulah Rasulullah shallahu’alaihiwasallam keluar menemui kalian pada hari ini, pasti baginda tidak dapat mengecam sesuatu perkara yang dilakukan oleh baginda dan para sahabat melainkan sembahyang. [Hal. 40, Jawami’ al-Kalim versi 4.5]
Riwayat ini barangkali lemah dari segi sanadnya tetapi maknanya sekali-kali tidak akan menjadi lemah. Bagaimana tidak, matahari dan bulan menjadi saksi melihat ustaz-ustaz ummah, dilekakan dengan bola. Apabila berkumpul, lidah mereka tidak dapat lari daripada bercakap tentang bola. Apabila ada perlawanan, mereka akan menonton bersama-sama. Mereka ingat nama-nama pemain-pemain bola dan butiran peribadi mereka. Ingat tanpa menghafal. Mereka berbincang tentang gaya dan kehandalan para pemain. Mereka mengkritik sesetengah pasukan dan pengurus. Jersi-jersi digayakan dengan penuh bangga. Aduhai, ustaz!
(Kalau beginilah gayanya orang agama, bagaimana pula orang-orang awamnya?)
Apabila kita bercakap tentang hukum, ustaz-ustaz ini tiba-tiba berubah menjadi pandai. Lebih pandai daripada Imam al-Syafi’i! Mereka yang jarang-jarang menelaah kitab-kitab kuning ini tidak semena-menanya berubah menjadi ulama. Ulama celup. Mereka akan menggunakan segala ilmu yang ada untuk mempertahankan perbuatan mereka walaupun mereka sendiri sedar perbuatan itu tidak baik. Kerana fitrah tidak mampu berdusta. Hujah mereka, mana ada ulama yang mengeluarkan fatwa haram menonton bola sepak, kita perlu faham maksud syarak, kena sedar bahawa zaman telah berubah, dan Islam itu kan mudah!
(Inilah orang-orang agama. Lebih jahat daripada orang jahil. Sebab, mereka akan memperalatkan agama itu mencapai cita-cita dunianya.)
Ustaz-ustaz ini gilakan dunia. Bukan setakat cinta tetapi gila. Kata orang, cintakan sesuatu membuatkan seseorang itu buta dan tuli. Benar. Mereka malas belajar dan membaca. Lalu mereka cakap tidak ada fatwa mengharamkan sekian-sekian perkara. Jika ada pun, mereka akan cakap, ini ijtihad beliau, ulama lain fatwa lain. Hatta kalau berlaku ijmak ulama sekalipun, mereka masih boleh berdalih, barangkali nukilan ijmak itu silap. Masya-Allah! Takutlah wahai sahabat, kalau kalian ingin melakukan dosa dan maksiat (atau perkara yang tidak berapa baik), lakukan, tapi jangan sekali-kali babitkan nama agama!
(Tunggu, bola sepak yang dimaksudkan di sini bukanlah semua benda yang berhubung dengannya! Yang dimaksudkan di sini ialah meminati dan mengikuti perkembangan bola sepak yang tidak mendatangkan faedah dan manfaat yang diterima di sisi syarak. Ertinya, riadah dan kegiatan sukan yang dapat membantu menyihatkan tubuh badan terkecuali. Jadi, jangan salah faham.)
Bagi orang-orang yang beriman, ayat-ayat Allah cukup untuk memberi peringatan kerana peringatan itu memberikan manfaat kepada orang-orang yang beriman.
Benar-benar beruntunglah orang-orang yang beriman; iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solat mereka; dan orang-orang yang menghindari perkara-perkara yang sia-sia. [Surah al-Mu’minun, ayat pertama hingga tiga]
Dan dalam kalangan manusia, ada orang yang membeli perkataan yang sia-sia untuk menyesatkan daripada jalan Allah tanpa pengetahuan; dan menjadikannya sebagai senda gurau. Bagi merekalah azab yang menghinakan. [Surah Luqman; ayat keenam]
Bagi orang-orang yang susah menerima nasihat khususnya daripada golongan yang mereka labelkan sebagai literalis, mutasyaddidin, dan label-label yang sebenarnya layak untuk ditampal pada Maggi dan Indomee, ketahuilah:
Pertama, bahawasanya bola sepak hanya membazirkan masa dan tenaga (walaupun hanya menonton, tetap menggunakan tenaga). Umat Islam perlukan tenaga untuk mengembalikan maruah mereka yang kian tercalar. Ustaz-ustaz yang dikasihi perlu turun membantu, bukan turut sama-sama menolong musuh-musuh Islam menambahkan lagi derita yang dialami. Bacalah kata-kata ulama tentang catur, dadu, dan sebagainya dan gunakan kepakaran anda dalam qiyas untuk membandingkan hukum perkara-perkara tadi dengan bola. (Anda berani?)
Kedua, bola sepak termasuk dalam agenda musuh-musuh Islam untuk melalaikan dan melalikan umat. Orang-orang yang berjaya dilalaikan oleh musuh Islam bererti orang itu lemah dan mudah dipengaruhi. (Macam perempuan. Huhu!)
Ketiga, di sisi mazhab sahabat-sahabat (yang tegar dan setia dengan mazhab Syafi’i), paha adalah aurat. Jika aurat, haramlah untuk dilihat walaupun sesama lelaki. Menonton bola sepak bukanlah satu kemaslahatan dan tidak termasuk dalam perkara-perkara darurat yang membolehkan kita memilih pendapat yang lemah dalam mazhab atau pendapat mazhab lain.
Keempat, umat Islam tidak seharusnya mengagung-agungkan pemain-pemain bola sepak yang kafir. Kadang-kadang, nama pun sudah melambangkan kekafirannya seperti Christiano Ronaldo. Umat Islam tidak sepatutnya lebih mengenali pemain yang kafir (dan yang Muslim) daripada ulama-ulama Islam.
Kelima, menyokong mana-mana pasukan bola bererti meminati dan mencintainya. Tidak seharusnya minat dan cinta itu diletakkan kepada orang-orang kafir. Red Devil, bukankah maksudnya syaitan merah? Mengapakah sanggup kalian memintai pasukan syaitan merah. Selain itu, menyokong mereka bererti reda dengan mereka. Sesiapa yang reda dengan kefasikan menjadi fasik. Sesiapa reda dengan kekufuran dikira kufur. Wal’iyadzubillah.
(Ini tidak masuk bab hukum bermain Pro Evolution Soccer yang didapati secara haram (cetak rompak.))
Sebelum sekian, ingin diumumkan bahawa artikel ini tidak ditujukan kepada sahabat-sahabat yang bermain bola untuk tujuan riadah dan sukan. Hanya ditujukan kepada penghidap penyakit sindrom gila bola yang melanda sebahagian besar dunia Islam.
Maaf kalau terkasar bahasa. Kadang-kadang perlu berkasar dengan sahabat-sahabat kerana kalian lelaki. Kan nak kahwin? (Huhu!)
(Saya nasihatkan kepada tunang ustaz-ustaz (yang sah dan yang tak sah) untuk menasihati tunang-tunang antunna supaya berubat daripada penyakit gila bola. Saya takut nanti awak-awak ini tak nyenyak tidur nanti. Sebab, malam-malam ustaz-ustaz asyik menjerit memekik ‘goool!!!’ Huhu!)
(Saya tahu, sahabat-sahabat mesti tak suka dengan artikel ini malah makin bencikan saya. Maaf, saya terpaksa mengatakan yang benar walaupun pahit. Selama ini kita memuji para pejuang Islam mengatakan mereka berani, tegas, tabah, dan sebagainya. Sekarang saya ingin menjadi seperti mereka. Sahabat-sahabat perlu memuji bukan mengeji. Tapi, biarkan sesiapa yang tetap berdegil dan taasub dengan pendiriannya yang menyalahi agama. Kelak, kita akan berbicara di hadapan Allah. Ya Allah, ampuni aku andai aku terlalu keras dalam menyampaikan agamamu dan tunjukkan mereka supaya mereka kembali kepada agamamu.)
Sekian. Wassalam.
Benarlah kiranya kata-kata yang diriwayatkan oleh Ibnu Wadhdhah dengan sanad yang terdapat seorang rawi yang tidak dipastikan daripada sahabat yang mulia, Abu al-Darda’ radhiyallahu’anhu:
لَو خَرَجَ رَسُولُ اللهِ - صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ - إِلَيكُم اليَومَ مَا عَرَفَ شَيئًا مِمَّا كَانَ عَلَيهِ هُوَ وَأَصْحَابُهُ إِلاَّ الصَلاَةَ
Riwayat ini barangkali lemah dari segi sanadnya tetapi maknanya sekali-kali tidak akan menjadi lemah. Bagaimana tidak, matahari dan bulan menjadi saksi melihat ustaz-ustaz ummah, dilekakan dengan bola. Apabila berkumpul, lidah mereka tidak dapat lari daripada bercakap tentang bola. Apabila ada perlawanan, mereka akan menonton bersama-sama. Mereka ingat nama-nama pemain-pemain bola dan butiran peribadi mereka. Ingat tanpa menghafal. Mereka berbincang tentang gaya dan kehandalan para pemain. Mereka mengkritik sesetengah pasukan dan pengurus. Jersi-jersi digayakan dengan penuh bangga. Aduhai, ustaz!
(Kalau beginilah gayanya orang agama, bagaimana pula orang-orang awamnya?)
Apabila kita bercakap tentang hukum, ustaz-ustaz ini tiba-tiba berubah menjadi pandai. Lebih pandai daripada Imam al-Syafi’i! Mereka yang jarang-jarang menelaah kitab-kitab kuning ini tidak semena-menanya berubah menjadi ulama. Ulama celup. Mereka akan menggunakan segala ilmu yang ada untuk mempertahankan perbuatan mereka walaupun mereka sendiri sedar perbuatan itu tidak baik. Kerana fitrah tidak mampu berdusta. Hujah mereka, mana ada ulama yang mengeluarkan fatwa haram menonton bola sepak, kita perlu faham maksud syarak, kena sedar bahawa zaman telah berubah, dan Islam itu kan mudah!
(Inilah orang-orang agama. Lebih jahat daripada orang jahil. Sebab, mereka akan memperalatkan agama itu mencapai cita-cita dunianya.)
Ustaz-ustaz ini gilakan dunia. Bukan setakat cinta tetapi gila. Kata orang, cintakan sesuatu membuatkan seseorang itu buta dan tuli. Benar. Mereka malas belajar dan membaca. Lalu mereka cakap tidak ada fatwa mengharamkan sekian-sekian perkara. Jika ada pun, mereka akan cakap, ini ijtihad beliau, ulama lain fatwa lain. Hatta kalau berlaku ijmak ulama sekalipun, mereka masih boleh berdalih, barangkali nukilan ijmak itu silap. Masya-Allah! Takutlah wahai sahabat, kalau kalian ingin melakukan dosa dan maksiat (atau perkara yang tidak berapa baik), lakukan, tapi jangan sekali-kali babitkan nama agama!
(Tunggu, bola sepak yang dimaksudkan di sini bukanlah semua benda yang berhubung dengannya! Yang dimaksudkan di sini ialah meminati dan mengikuti perkembangan bola sepak yang tidak mendatangkan faedah dan manfaat yang diterima di sisi syarak. Ertinya, riadah dan kegiatan sukan yang dapat membantu menyihatkan tubuh badan terkecuali. Jadi, jangan salah faham.)
Bagi orang-orang yang beriman, ayat-ayat Allah cukup untuk memberi peringatan kerana peringatan itu memberikan manfaat kepada orang-orang yang beriman.
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلاتِهِمْ خَاشِعُونَ وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
Benar-benar beruntunglah orang-orang yang beriman; iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solat mereka; dan orang-orang yang menghindari perkara-perkara yang sia-sia. [Surah al-Mu’minun, ayat pertama hingga tiga]
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَري لَهْوَ الْحَديثِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَ يَتَّخِذَها هُزُواً أُولئِكَ لَهُمْ عَذابٌ مُهينٌ
Dan dalam kalangan manusia, ada orang yang membeli perkataan yang sia-sia untuk menyesatkan daripada jalan Allah tanpa pengetahuan; dan menjadikannya sebagai senda gurau. Bagi merekalah azab yang menghinakan. [Surah Luqman; ayat keenam]
Bagi orang-orang yang susah menerima nasihat khususnya daripada golongan yang mereka labelkan sebagai literalis, mutasyaddidin, dan label-label yang sebenarnya layak untuk ditampal pada Maggi dan Indomee, ketahuilah:
Pertama, bahawasanya bola sepak hanya membazirkan masa dan tenaga (walaupun hanya menonton, tetap menggunakan tenaga). Umat Islam perlukan tenaga untuk mengembalikan maruah mereka yang kian tercalar. Ustaz-ustaz yang dikasihi perlu turun membantu, bukan turut sama-sama menolong musuh-musuh Islam menambahkan lagi derita yang dialami. Bacalah kata-kata ulama tentang catur, dadu, dan sebagainya dan gunakan kepakaran anda dalam qiyas untuk membandingkan hukum perkara-perkara tadi dengan bola. (Anda berani?)
Kedua, bola sepak termasuk dalam agenda musuh-musuh Islam untuk melalaikan dan melalikan umat. Orang-orang yang berjaya dilalaikan oleh musuh Islam bererti orang itu lemah dan mudah dipengaruhi. (Macam perempuan. Huhu!)
Ketiga, di sisi mazhab sahabat-sahabat (yang tegar dan setia dengan mazhab Syafi’i), paha adalah aurat. Jika aurat, haramlah untuk dilihat walaupun sesama lelaki. Menonton bola sepak bukanlah satu kemaslahatan dan tidak termasuk dalam perkara-perkara darurat yang membolehkan kita memilih pendapat yang lemah dalam mazhab atau pendapat mazhab lain.
Keempat, umat Islam tidak seharusnya mengagung-agungkan pemain-pemain bola sepak yang kafir. Kadang-kadang, nama pun sudah melambangkan kekafirannya seperti Christiano Ronaldo. Umat Islam tidak sepatutnya lebih mengenali pemain yang kafir (dan yang Muslim) daripada ulama-ulama Islam.
Kelima, menyokong mana-mana pasukan bola bererti meminati dan mencintainya. Tidak seharusnya minat dan cinta itu diletakkan kepada orang-orang kafir. Red Devil, bukankah maksudnya syaitan merah? Mengapakah sanggup kalian memintai pasukan syaitan merah. Selain itu, menyokong mereka bererti reda dengan mereka. Sesiapa yang reda dengan kefasikan menjadi fasik. Sesiapa reda dengan kekufuran dikira kufur. Wal’iyadzubillah.
(Ini tidak masuk bab hukum bermain Pro Evolution Soccer yang didapati secara haram (cetak rompak.))
Sebelum sekian, ingin diumumkan bahawa artikel ini tidak ditujukan kepada sahabat-sahabat yang bermain bola untuk tujuan riadah dan sukan. Hanya ditujukan kepada penghidap penyakit sindrom gila bola yang melanda sebahagian besar dunia Islam.
Maaf kalau terkasar bahasa. Kadang-kadang perlu berkasar dengan sahabat-sahabat kerana kalian lelaki. Kan nak kahwin? (Huhu!)
(Saya nasihatkan kepada tunang ustaz-ustaz (yang sah dan yang tak sah) untuk menasihati tunang-tunang antunna supaya berubat daripada penyakit gila bola. Saya takut nanti awak-awak ini tak nyenyak tidur nanti. Sebab, malam-malam ustaz-ustaz asyik menjerit memekik ‘goool!!!’ Huhu!)
(Saya tahu, sahabat-sahabat mesti tak suka dengan artikel ini malah makin bencikan saya. Maaf, saya terpaksa mengatakan yang benar walaupun pahit. Selama ini kita memuji para pejuang Islam mengatakan mereka berani, tegas, tabah, dan sebagainya. Sekarang saya ingin menjadi seperti mereka. Sahabat-sahabat perlu memuji bukan mengeji. Tapi, biarkan sesiapa yang tetap berdegil dan taasub dengan pendiriannya yang menyalahi agama. Kelak, kita akan berbicara di hadapan Allah. Ya Allah, ampuni aku andai aku terlalu keras dalam menyampaikan agamamu dan tunjukkan mereka supaya mereka kembali kepada agamamu.)
Sekian. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan