Selasa, 22 Januari 2013

Catatan pada Biografi Syeikh Nur al-Din al-Raniri

Syeikh Nur al-Din al-Raniri (w. 1069 H) yang membela pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah di Acheh daripada serangan pemikiran Wahdah al-Wujud yang dikembangkan oleh Hamzah al-Fanshuri dan Syams al-Din al-Sumatrani telah berdebat dengan penganut-penganut ajaran Wahdah al-Wujud dalam satu majlis perdebatan umum yang diadakan oleh Sultan Iskandar Tsani.

Tahukah anda siapakah yang menang?

Menurut satu riwayat, penganut-penganut Wahdah al-Wujud yang menang. Syeikh Nur al-Din al-Raniri dikatakan pulang ke India, kampung halamannya kerana kalah dan meninggal di sana.

Menurut satu riwayat lagi, Syeikh Nur al-Din al-Raniri yang menang. Ekoran kekalahan penganut-penganut Wahdah al-Wujud dihukum bunuh oleh pihak pemerintah. Kitab-kitab Hamzah al-Fanshuri juga dibakar di Masjid Bait al-Rahman.

Sebetulnya, siapakah yang menang?!

Demikianlah apabila sejarah dilihat dari sudut pandangan mazhab dan ideologi masing-masing. Yang kalah dikatakan menang, yang menang dikatakan kalah. Yang benar dikatakan salah, yang salah dikatakan benar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan