Ahad, 1 September 2013

Jawapan Terbuka kepada Fatimah Syarha



Alhamdulillah, setelah menunggu lebih sebulan, akhirnya siap juga jawapan saya kepada artikel 'Berniqab atau Tidak Berniqab?' oleh Ustazah Fatimah Syarha. Setebal 102 halaman, risalah kritikan ini sarat dengan fakta-fakta yang mampu membungkam mereka yang mendakwa pendapat yang tidak mewajibkan wanita menutup muka adalah pendapat jumhur ulama. Selain itu, saya muatkan risalah ini dengan jawapan-jawapan terkuat bagi setiap hujah naqli yang diberikan oleh Fatimah Syarha. Pewajaran yang dilakukan beliau terhadap pendapat tidak mewajibkan menutup muka juga telah disanggah. 

Saya hadiahkan risalah ini untuk semua Muslimat yang sedang diperlekehkan kerana mengamalkan sesuatu yang 'menimbulkan banyak kesulitan' atau yang menjadi 'penghalang komunikasi'. Saya pohon risalah ini disebarluaskan demi maslahat sejagat. Muat turun di sini: https://archive.org/details/JawapanTerbuka020913


Tiada ulasan:

Catat Ulasan