Ahad, 25 November 2012

Catatan pada Lafaz Salam

Assalamu'alaikum atau salamun'alaikum?

السلام عليكم أو سلام عليكم؟

Apabila anda ingin memberi salam, lafaz yang perlu digunakan adalah السلام عليكم, bukan سلام عليكم kerana lafaz pertama adalah lafaz salam yang sebenar.

Kami, Darul Hadis Mu'tah, Persatuan Mahasiswa Malaysia Mu'tah (PERMATA) pernah mengadakan diskusi mengenai hukum memberi salam kepada bukan Islam. Sepanjang diskusi, timbul masalah: apakah lafaz salam?

Lafaz salam yang sebenar adalah: السلام عليكم; iaitu menggunakan perkataan السلام dengan ال ta'rif.

Hal ini demikian kerana: السلام yang digunakan dalam salam adalah nama Allah sementara سلام, tanpa ال ta'rif bukan nama Allah. 

Rasulullah SAW mengatakan: إِنَّ اللَّهَ هُوَ السَّلاَمُ [Al-Bukhari (6230)] semasa menegur seorang sahabat RA membaca tahiyyat: السَّلاَمُ عَلَى اللهِ.

Imam al-Bukhari sendiri mengemukakan hadis di atas dalam bab: باب السَّلاَمُ اسْمٌ مِنْ أَسْمَاءِ اللهِ تَعَالَى.; Bab (Menjelaskan Bahawa) al-Salam adalah Nama daripada Nama-nama Allah ta'ala.

Selain سلام bukan nama Allah, maksud سلام عليكم sebenarnya bererti: salam sejahtera ke atas kamu. Ucapan ini mengikut perbincangan kami, sama kedudukannya dengan ucapakan selamat pagi, selamat malam, dan sebagainya. Sebab itulah, ucapan ini boleh diberikan kepada bukan Islam. Hanya السلام عليكم dengan ال ta'rif sahaja yang dikhususkan kepada sesama Islam. 

Barangkali sahabat yang menggunakan سلام عليكم keliru kerana lafaz tersebut biasa disebut dalam al-Quran. Benar, tetapi lafaz itu bukan salam, tetapi ucapan selamat yang biasa sebagaimana yang telah disebut.

6 ulasan:

  1. slm...ada rujukan mana2 ulama yg mengatakan sebegini juga? atau pun ini dr ustaz dan kawan2??

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam, ini adalah hasil perbincangan kami dengan merujuk pakar bahasa Arab, Dr. 'Adil, pensyarah Univ. Mu'tah. Walaubagaimana pun, pendapat ini terbuka untuk dikritik dan dinilai semula. Adapun saya, saya melihat pandangan ini sangat kuat berdasarkan jamak antara al-Quran dan hadis-hadis yang bertentangan. Saya mempunyai kertas kerja berkaitan masalah ini. Sila nyatakan e-mel, ID YM, atau username FB untuk urusan lanjut. Wallahua'lam.

    BalasPadam
  3. lonelyheart2696@gmail.com..terima kasih..

    BalasPadam
  4. ustad, sy cek inbox sy, xdpt pon lg..=(

    BalasPadam
  5. Salam,

    Apa pula yg dimaksudkan dgn "As-Salam ke atas kamu"?

    Ucapan "salam" adalah ucapan yg di ajar oleh Tuhan di dalam Quran utk diucapkan sesama manusia dan makhluk-makhlukNya.

    Dalam ayat 11:69, apabila malaikat-malaikat bertemu Nabi Ibrahim mereka mengucapkan "salam", dan Ibrahim membalas ucapan mereka dgn "salam". Kalimat arabnya tidak menggunakan awalan "al".

    "Rasul-rasul Kami telah datang kepada Ibrahim dengan berita gembira; mereka berkata, 'Salam!' Dia berkata, 'Salam'" (11:69).

    Di bawah pula dua ayat Quran yg memberi contoh penggunaan ucapan Salam.

    "Hamba-hamba Yang Pemurah ialah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati, dan yang, apabila orang-orang yang bodoh berucap kepada mereka, mereka berkata, 'Salam'" (25:63).

    "apabila orang-orang yang percayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu (Muhammad), katakanlah, 'Salamun alaikum'" (6:54).

    Adakah anda membatalkan dalil Quran dgn Hadis?

    BalasPadam
  6. Waalaikumussalam.

    Mudah sahaja, kami dah bincang benda ni.

    Itu salam bukan salam khusus tetapi salam umum, ucapan selamat biasa yang bermaksud, salam sejatera.Sebab itu, nenurut ayat '
    "Hamba-hamba Yang Pemurah ialah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati, dan yang, apabila orang-orang yang bodoh berucap kepada mereka, mereka berkata, 'Salam'" (25:63' yang disebutkan oleh saudara, boleh memberi ucapan selamat 'salam' - dan seumpamanya - bukan 'assalamualaikum' kepada bukan Islam. Wallahua'lam.

    BalasPadam