Syeikh Ibnu Jibrīn, ulama Saudi yang meninggal dunia pada tahun 2009/1430 pernah ditanya tentang Syeikh Yūsuf al-Qaraḍāwī, tokoh manhaj taysīr moden. Jawab beliau:
Tidak syak lagi bahawa orang ini memang mempunyai (fikrah) tasāhul (bermudah-mudah). Sebabnya beliau ingin disukai semua orang; sehingga mereka semua mengatakan beliau memudahkan orang ramai, mencari keringanan, dan kemudahan. Inilah fikrah beliau. Apabila beliau melihat majoriti manusia suka mendengar nyanyian, beliau pun mengatakannya tidak haram. Apabila beliau melihat kebanyakan manusia cenderung membolehkan wanita mendedahkan muka, beliau pun mengatakan: ini tidak haram, harus baginya (wanita) mendedahkan muka di hadapan lelaki ajnabi. Dan begitu seterusnya (contoh-contoh lain).
Oleh sebab itu, beliau gemar memudahkan (fatwa) supaya disukai orang kebanyakan. Maka, kami mengatakan kepadamu (penanya), jangan dengar fatwanya, wajib engkau menjauhinya dan berpegang dengan kebenaran dan mengetahuinya. Sedangkan kebenaran itu - alhamdulillah - jelas dan dalil-dalilnya banyak...
Sumber: http://www.ibnamin.com/qaradawi.htm#_Toc13728462
Sumber: http://www.ibnamin.com/qaradawi.htm#_Toc13728462
Tiada ulasan:
Catat Ulasan