Ahad, 17 November 2013

Laga Mencabar Kewibawaan Agama Rasmi Malaysia

Laga; Antara Nafsu Ismail Yaacob, Kelurusan Wan Hanafi, Kebodohan Marsha, dan Kejahilan LPF.

Terbaca akhbar Berita Harian bertarikh 18 November 2013, muka hadapan sisipan BH Hip, terpampang artikel bertajuk ‘Seks Pelaris Laga’. Difahamkan dalam rencana tersebut, sebuah filem tempatan, Laga yang akan ditayangkan tidak lama lagi akan memaparkan adegan lucah antara Marsha Milan Londoh (Ayu) bersama Wan Hanafi Su (Hassan Laga). Babak ranjang tersebut walau bagaimanapun, menurut pengarahnya, Ismail Yaacob ‘bukanlah adegan seks keterlaluan kerana apa yang dipaparkan menunjukkan suami isteri sedang berurut’. Selain itu, Lembaga Penapisan Filem (LPF) meluluskan penayangan babak tersebut. Reaksi Marsha pula mengejutkan, beliau mengatakan:
“Saya tak anggap diri saya sebagai bahan eksploitasi. Babak itupun tidaklah sepanas mana"
Berita ini amat menyedihkan kerana agama rasmi Malaysia, Islam sebagaimana yang difahami umum mengharamkan lakonan yang melibatkan pendedahan aurat dan aksi-aksi ranjang. Alasan Ismail Yaacob bahawa babak yang dimasukkan itu bukan adegan seks keterlaluan adalah alasan yang bodoh. Walaupun tidak keterlaluan, babak paparan tetap berbaur lucah dan menggiurkan. Adakah pada benak Ismail Yaacob, hanya adegan seks yang keterlaluan perlu dilarang? Bagaimanakah Ismail Yaacob membuat pertimbangan sebegini bebal sedangkan agamanya adalah Islam yang jelas-jelas menolak zina dan punca-puncanya, demikian juga adat budaya masyarakat negerinya, Kedah Darul Aman? Nah, barangkali Ismail Yaacob suka kalau isterinya sendiri melakonkan adegan tersebut!

Kedua, kenyataan beliau bahawa babak tersebut sekadar lakonan pula mendedahkan kejahilannya bahawa lakonan atau tidak pada hakikatnya sama sahaja kerana Marsha dan Wan Hanafi bukan pasangan suami isteri yang sah. Sekiranya mereka berdua pasangan yang sah sekali pun, aksi-aksi ranjang tidak boleh dipertontonkan di hadapan umum. Tetapi, masalah yang lebih besar, Marsha dan Wan Hanafi bukan suami isteri. Jadi, yang dipaparkan bukan menunjukkan suami isteri sedang berurut menurut kenyataan Ismail Yaacob tetapi menunjukkan seorang anak dara sedang melakukan maksiat dengan seorang lelaki.

Tentang reaksi Marsha, reaksi tersebut tidaklah terlalu memeranjatkan apabila mengetahui bahawa beliau beragama Kristian. Sebagai seorang penganut agama Kristian yang sudah diselewengkan, bertelanjang bulat atau melakukan seks secara terbuka bukan satu kesalahan. Mereka tidak tahu malu. Mereka bukan manusia lagi. Cuma, Marsha patut sedar bahawa wanita pada hari ini sering kali dijadikan hamba seks kaum lelaki terutamanya melalui ruang yang dinamakan pentas seni. Ini tentunya bukan sejenis eksploitasi kerana mereka sendiri menyukainya. Sama seperti video-video lucah (adult video), pelakon-pelakon yang mengorbankan maruahnya dengan memdedahkan kemaluan di hadapan krew-krew dan penonton tidak menganggapnya sejenis eksploitasi malah simbiosis. Wanita menjual tubuhnya dan lelaki akan membayarnya. Tidak wujud ekspoitasi. Ismail Yaacob menyuruh Marsha berlakon keji dan beliau membayarkan dengan sejumlah wang. 

Tujuan Ismail Yaacob yang sebenar sama ada untuk melariskan filemnya atau sebab-sebab lain seperti 'mencuci mata' dan mendedahkan 'pekung di dada' tidak diketahui secara pasti. Tetapi, sebelum ini, Nina Juren dan Diana Rafar masing-masing pernah diarahkan oleh Ismail Yaacob berlakon lucah dan seksi dalam Lenjan dan Nenek Kebaya. Ini seperti alamat yang menunjukkan Ismail Yaacob seorang kaki perempuan. Entah siapa pula yang akan menjadi mangsa Ismail Yaacob selepas ini. Cuma, bagi Marsha yang sudah tentunya mendapat habuan yang besar daripada kerja yang cukup senonoh ini, semua ini tetap bukan eksploitasi. Tetapi, seorang anak seni, Amir Muhammad, pengarah filem Susuk sebelum ini ada berterus terang mengatakan secara berseloroh:
“Semua filem menjual wanita dan rasanya semua filem yang menjual wanita akan berjaya.”
Sudah tentu filem Laga turut melakukan aktiviti perniagaan ini. Kasihan Marsha, Nina, dan Diana, mereka tidak tahu hakikat ini, tetapi kami sebagai jantan lebih tahu. Amir memang bercakap benar sungguhpun beliau sendiri seorang yang bermoral rendah kerana terlibat dalam pemerdagangan wanita melalui filem kontroversinya, Susuk.

Tergamak Wan Hanafi, seorang Muslim melakonkan babak panas bersama anak dara orang. Usianya sudah mencapai 60-an tetapi masih boleh berdalih melakukan maksiat dengan alasan berlakon. Tidak ubah seperti laporan-laporan akhbar tentang sumbang mahram antara seorang atuk dengan cucu. Kononnya:
"Babak itu bersifat mendidik bukannya nampak seperti filem porno."
Ini cuma alasan budak-budak. Matlamat tidak menghalalkan cara. Mendidik kononnya bukan alasan menghalalkan aksi lucah. Selagi imej yang dipaparkan adalah lucah, selagi itulah babak berkenaan diharamkan agama, undang-undang, dan akal yang waras. Malah, di luar babak tersebut pun, perbuatan Marsha berkemban sudah cukup menjadikan filem tersebut sebagai filem erotik. Namun sayangnya, Wan Hanafi tidak reti semua itu malah menurutnya, keluarga beliau yang amat memahami kerjayanya sebagai pelakon menerimanya dengan baik. Nampaknya, Wan Hanafi memiliki keluarga yang dayus. Boleh jadi, Wan Hanafi sendiri seorang dayus dan baginya tidak salah pun kalau isterinya berlakon sebegitu  rupa dengan lelaki lain. 

Agak mengecewakan, LPF meluluskan filem ini sedangkan filem ini bertentangan dengan kesopanan masyarakat Timur. Kalau pada hari ini filem keji ini diluluskan, bagaimana agaknya sepuluh tahun lagi. Mungkin LPF berfikiran pendek, tidak memandang jauh ke hadapan. Mungkin juga bagi LPF, hanya kemaluan, tetek perempuan, dan adegan seks yang dianggap sebagai lucah. Selagi menutup kemaluan dan tetek serta bukan babak seks yang jelas, babak tersebut boleh diluluskan walaupun wanita hanya berkemban atau bercoli dan lelaki bersama perempuan seksi di atas katil. Sebab itulah, banyak filem yang memasukkan unsur-unsur berkenaan diluluskan oleh LPF. Oleh yang demikian, agama dan bangsa ahli-ahli jawatankuasa LPF diragui. Kalau beragama Islam, pasti mereka tahu bahawa mereka akan menanggung semua dosa penonton yang menonton filem yang diluluskan dan kalau berbangsa Melayu, pasti mereka memahami adat budaya tempatan dan memiliki perasaan malu.

Buat akhirnya, haruslah direnungi prinsip pertama dan kelima Rukun Negara. Pertama, kepercayaan kepada Tuhan. Kedua, kesopanan dan kesusilaan. Membenarkan Laga ditayangkan - tanpa babak panas tersebut pun - bermakna melanggar dua prinsip ini. Sebagai rakyat Malaysia tidak kira apa jua bangsa dan agama, setiap warganegara Malaysia wajib menolak anasir-anasir lucah yang ingin diserap masuk ke dalam pemikiran masyarakat Malaysia yang bertamadun tinggi. 

Malaysia sedang menanti fatwa jabatan-jabatan agama negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tentang filem-filem yang berbaur lucah seperti ini. Adapun secara peribadinya, saya, al-Kutawi menolak semua jenis filem yang melibatkan lakonan wanita. Lihat, artikel 'Hukum Wanita Belakon'.

Rujukan:
Berita Harian; 18 November 2013; BH Hip,‘Seks Pelaris Laga’
http://cinemamalaysia.com.my/article/read/Kosmo/Filem_yang_menjual_wanita_1025
http://cinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Laga_1150
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SekspelarisLaga/Article/
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SekspelarisLaga/Article/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan