Jumaat, 22 Februari 2013

Catatan


Imam Ahmad ditanya, kalau ada seorang lelaki ternampak alat muzik seperti gambus, seruling, atau rebana, apakah yang perlu dilakukannya?

Cuba teka, apa jawapan beliau.

Adakah beliau akan menjawab:

Biarkanlah, benda ini khilaf. Tak baik gaduh-gaduh. Benda furuk je ni?

Atau beliau akan jawab:

Awak kena ikut main sekali. Benda ni boleh guna buat berdakwah. Dekatkan orang kepada Islam.

Tidak, bahkan jawab Imam Ahmad:

Kalau alat muzik itu tersembunyi, biarkanlah. Kalau terdedah, hancurkanlah.

[Sanad sahih; al-Amr bi al-Ma'ruf oleh al-Khallal; no. 116]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan